Presiden MCA yang baru dipilih Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau berikar akan menjadi pemimpin yang akan membawa imej parti itu ke arah fasa baru lebih cemerlang.
"Kita harus memastikan semua pemimpin dan anggota bekerjasama sebagai satu pasukan yang kuat, tanpa rasa dendam dan iri hati, bagi menjayakan program transformasi parti.
"Sebagai parti yang kuat, sudah pasti MCA akan mengembalikan era kegemilangan seterusnya meraih sokongan dan kepercayaan masyarakat khususnya kaum Cina," katanya kepada pemberita selepas diumumkan sebagai pemenang jawatan tertinggi parti itu di sini pada Sabtu.
Liow yang memperoleh 1,186 undi mengatasi bekas naib presiden MCA Gan Ping Sieu (1,000 undi) dan bekas presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat (160 undi) dalam pertandingan tiga penjuru, turut berterima kasih kepada para perwakilan yang telah memilihnya.
Menyentuh mengenai langkah bagi membatalkan resolusi parti untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kabinet, katanya perkara itu akan dibincang pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat parti itu.
"Namun, perlembagaan parti akan digubal terlebih dahulu sebelum membenarkan keputusan itu dilaksanakan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden MCA yang baharu Datuk Wee Ka Siong pula berhasrat untuk menarik lebih ramai golongan belia menyertai parti bagi merealisasikan satu daripada transformasi iaitu meremajakan parti.
Wee turut melahirkan penghargaan kepada pesaingnya iaitu bekas Naib Presiden Datuk Donald Lim Siang Chai kerana telah berusaha keras dalam jawatankuasa lama sebelum pemilihan parti.
"Syukur kerana sepanjang kempen kami berdua tidak pernah bertelingkah dan melontar tomahan antara satu sama lain. Saya sangat menghormati Lim sebagai seorang veteran parti dan akan mendapatkan tunjuk ajar daripada beliau," katanya.
Dua daripada empat naib presiden, Datuk Chua Tee Yong and Datin Paduka Chew Mei Fun pula berikrar akan bekerjasama untuk menyegarkan semula parti untuk keluar daripada kesukaran dan menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan penuh keyakinan.
Sementara itu, Gan, seorang daripada dua calon presiden yang tewas, berkata beliau menerima kekalahan itu dengan hati terbuka, serta menekankan semua anggota kini perlu memberi komitmen sepenuhnya bagi mengembalikan semula kecemerlangan parti itu.
Bernama
Sat Dec 21 2013
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai (tengah) bersama timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong (dua, kiri) meraikan kejayaan mereka selepas dipilih menjadi Presiden dan Timbalan Presiden yang baharu - Foto Bernama
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Ezlynn pelik kawan-kawan perempuan jauhkan diri sejak...
Jelas Ezlynn atau nama sebenarnya Azeline Ariffin, 37, dia pula bukan seorang individu yang merayu-rayu untuk orang lain kekal berkawan dengannya.
Potong rambut pendek, penampilan Lisa Surihani dapat pujian peminat
Lisa yang juga merupakan isteri kepada penyanyi dan pengarah Yusry KRU itu muncul dengan penampilan baru bermula awal Februari lalu.
Liow ikrar bawa imej baru kepada MCA
Presiden MCA yang baru dipilih Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau berikar akan menjadi pemimpin yang akan membawa imej parti itu ke arah fasa baru.