awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Litar pintas dipercayai punca lima beranak rentung

Sinar Harian
Sinar Harian
14/02/2025
09:40 MYT
Litar pintas dipercayai punca lima beranak rentung
Litar pintas dipercayai menjadi punca kebakaran yang mengakibatkan lima beranak termasuk wanita hamil rentung di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, pada Khamis. -Gambar fail/Sinar Harian
MELAKA: Litar pintas dipercayai menjadi punca kebakaran yang mengakibatkan lima beranak termasuk wanita hamil rentung di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin, di sini, pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Litar pintas dipercayai menjadi punca kebakaran yang mengakibatkan lima beranak termasuk wanita hamil rentung. Sistem pendawaian lama yang tidak dinaik taraf mungkin menyebabkan litar pintas tersebut.
  • Anggaran awal jumlah kerugian akibat kebakaran ini melebihi RM100,000. Bahan sampel dari kebakaran telah diambil untuk dianalisis di Makmal Forensik Penyiasatan Kebakaran JBPM di Seremban.
  • Mangsa yang maut dikenali sebagai Laila Fathinah Mustapa dan empat anaknya. Suami mangsa, Muhammad Khairuddin Saari, terselamat tetapi mengalami sesak nafas akibat menghidu asap tebal.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Pisar Aziz berkata, ini kerana pihaknya tidak menolak sistem pendawaian lama menjadi punca berlakunya litar pintas sehingga menyebabkan kebakaran yang turut memusnahkan rumah separa batu dan kayu itu.
"Di peringkat awal ini kita tidak menolak andaian kemungkinan berlaku litar pintas yang menjadi punca kebakaran.
"Ini kemungkinan kerana kebanyakan rumah di kawasan luar bandar menggunakan sistem pendawaian lama yang tidak dinaik taraf sejak puluhan tahun lalu," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.
Tambahnya, bahan sampel dalam kebakaran seperti kayu, kain, kabel pendawaian dan cebisan lantai yang musnah juga telah diambil.
Ujarnya, kesemua hasil sampel itu dipilih oleh khidmat anjing pengesan (K9) JBPM di lokasi kejadian sebelum dihantar Makmal Forensik Penyiasatan Kebakaran JBPM di Seremban, Negeri Sembilan untuk dianalisis.
"Kita menjangkakan keputusan analisis akan diperoleh dalam tempoh dua minggu ini.
"Setakat ini anggaran awal jumlah kerugian yang musnah dalam kebakaran ini lebih RM100,000," katanya lagi.
Sinar Harian pada Khamis melaporkan seorang ibu hamil bersama empat anaknya rentung selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran.
Mangsa maut dikenali sebagai, Laila Fathinah Mustapa,37 dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah,13; Izz Daffa Hafizuddin,7; Nur Dalilah Khadijah, 6 dan Izz Danish Fathi empat tahun manakala suami kepada Laila, Muhammad Khairuddin Saari, 35, terselamat.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat berkata, bapa kepada empat anak itu turut mengalami sesak nafas akibat menghidu kepulan tebal asap kebakaran dan menerima rawatan di Hospital Melaka. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bomba
#litar pintas
#punca kebakaran
#lima beranak rentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan