Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanifa Maidin menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, Hanipa berkata beliau juga bersedia berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan berhubung kes itu.
"Saya merasa terpanggil dan Insya-Allah bersedia menyahut cabaran Shafee atau ketua Pemuda UMNO dan bersedia untuk berdebat atau berwacana sama ada dengan Shafie sendiri atau Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkaitan isu tersebut.
"Maka saya berharap jika respon saya ini mendapat respon balas daripada mereka berdua mudah mudahan satu sesi perdebatan terbuka akan diadakan berkenaan isu tersebut," katanya dalam kenyataan media.
Meskipun Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman terhadap Anwar, namun Hanipa berpendapat ada sesuatu yang "tidak kena" dalam kes itu apabila Shafee terus mengeluarkan kenyataan menyerang Anwar.
"Saya dapati ada sesuatu yang tidak kena di dalam kes ini, kerana meskipun Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atas Anwar, Shafee masih terus mengeluarkan kenyataan, termasuk menyerang Anwar di dalam akhbar.
"Yang terkini dalam forum yang dianjurkan UMNO," katanya lagi.
Justeru, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mencadangkan supaya debat itu perlu diadakan di mana-mana universiti awam dalam negara.
Hanipa juga mencadangkan ia disiarkan secara langsung oleh RTM atau TV3 supaya memastikan seluruh rakyat mendapat maklumat tentang debat itu.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau bersedia menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Shafee Abdullah dengan pihak yang mempertikai keputusan kes liwat Anwar.
Selasa lalu, Shafee yang merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan Liwat II mendedahkan pelbagai butiran sensasi berhubung kes itu dalam program anjuran Pemuda UMNO di Kelana Jaya.
Malah, Khairy dalam ucapannya di program tersebut berkata BN tidak akan berdiam diri lagi dalam kes liwat itu.
Astro Awani
Thu Feb 19 2015
Liwat II: Hanipa Maidin sedia debat dengan Shafee atau KJ
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
'Sebulan ke Singapura, YB Pekan ini bidankah?' - Hanipa persoal 'keistimewaan' diterima Najib
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin hari ini persoal keistimewaan diterima Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Suhu Dewan Rakyat sangat sejuk, sukar untuk Ahli Parlimen duduk lama - Hanipa Maidin
Mustahil bagi wakil rakyat terus menahan kesejukan dalam tempoh masa yang lama, dan ia sering berlaku di mana-mana Parlimen di negara lain.
Ketua Polis Negara tidak terkecuali siasatan IPCMC
Semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Ketua Polis Negara tidak terkecuali daripada pemakaian atau siasatan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
"Selagi masih waras, sila bersara" - kata Hanipa kepada Abdul Hadi
Abdul Hadi sering mengajar ahli PAS untuk tidak mengamalkan assobiyah, tetapi tidak memegang pada ajarannya sendiri, dakwa Hanipa.
"Kejap macam perempuan, kejap macam lelaki" - reaksi Hanipa Maidin pada Azalina jerat diri
Hanipa Maidin dikecam kerana keluar kenyataan berunsur seksis pada Azalina Othman Said
Perhimpunan ICERD: Silakan berhimpun tetapi jaga keamanan - Hanipa
Peserta perhimpunan aman bagi 'kesyukuran' meraikan kejayaan menolak ratifikasi ICERD di ibu negara diminta agar menjaga keamanan dan kebersihan.
Tempoh lelongan Equanimity berakhir Ogos ini - Hanipa
Tempoh lelongan kapal layar mewah Equanimity yang berada di Langkawi akan berakhir pada Ogos tahun depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin.
Belum ada pihak tampil tuntut hak milik Equanimity - Hanipa
Sehingga kini, tidak ada pihak yang tampil untuk mencabar perintah mahkamah Malaysia berkenaan hak untuk menjual kapal layar mewah 'Equanimity'.
Rogol dalam perkahwinan: Lapor polis, guna peruntukan sedia ada
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Hanipa Maidin berkata ini kerana hanya satu kes sahaja dilaporkan melibatkan keganasan rumah tangga di bawah peruntukan tersebut.
Hanipa bidas Zahid, dakwaan tidak berasas
Mohamed Hanipa Maidin membidas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berasas yang mendakwa wujudnya campur tangan pihak tertentu berhubung pengguguran kes pemimpin kerajaan.