awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LKAN: JKDM perlu siasat lebihan bayaran tuntutan GST

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
24/08/2020
06:42 MYT
LKAN: JKDM perlu siasat lebihan bayaran tuntutan GST
JAN mengesyorkan JKDM membuat kutipan balik bayaran terkhilaf sebanyak RM4.38 juta itu daripada OKC dalam kadar segera. - Foto BERNAMA
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuat lebihan bayaran kepada tuntutan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM4.38 juta.
Sehubungan itu, Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid mencadangkan agar JKDM menjalankan siasatan terhadap syarikat yang membuat tuntutan serta pegawai yang bertanggungjawab terhadap bayaran balik cukai berkenaan.
Selain itu, katanya, Jabatan Audit Negara (JAN) turut mengesyorkan JKDM membuat kutipan balik bayaran terkhilaf sebanyak RM4.38 juta itu daripada orang kena cukai (OKC) dalam kadar segera.
"Mengikut laporan itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mempunyai tunggakan bayaran balik cukai bagi tahun 2017 dan sebelumnya berjumlah RM3.807 bilion yang belum dijelaskan," katanya pada sidang media Pembentangan LKAN Tahun 2019, Siri 1, di sini hari ini.
Dalam pada itu, bagi tunggakan yang belum dijelaskan oleh LHDN, Nik Azman mensyorkan kepada lembaga berkenaan supaya memastikan peruntukan wang yang disalurkan oleh kerajaan dapat digunakan sepenuhnya untuk bayaran balik cukai bagi taksiran 2017 dan sebelumnya.
"Kita turut syorkan LHDN dapat melaksanakan 'Proses Membenarkan Cukai Pendapatan Dibayar Dahulu dan Audit Kemudian' (ReFAL) dan bayaran balik cukai dapat dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
"Ini bagi mengelak bayaran pampasan atas kelewatan yang diperuntukkan mengikut Seksyen 111D Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53)," katanya.
Topic Berkaitan
#audit
#cukai
#cukai barangan dan perkhidmatan
#GST
#kastam
#kerajaan
#Laporan Ketua Audit Negara
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#LHDN
#Malaysia
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan