awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LKAN: PAC akan panggil Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah, Kementerian Kewangan

Bernama
Bernama
08/10/2025
11:15 MYT
LKAN: PAC akan panggil Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah, Kementerian Kewangan
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tarikh prosiding bagi dua isu berkenaan akan ditentukan kemudian.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah dan Kementerian Kewangan, masing-masing bagi memberikan penjelasan mengenai sistem e-Jamin dan pengurusan kenderaan kerajaan di bawah perjanjian konsesi berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025.

Ringkasan AI
  • PAC akan memanggil Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah dan Kementerian Kewangan bagi memberikan penjelasan berhubung sistem e-Jamin dan pengurusan kenderaan kerajaan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025.
  • Fokus prosiding PAC adalah terhadap isu yang mempunyai unsur penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, pembaziran dan ketirisan, dengan tarikh prosiding akan ditentukan kemudian.
  • PAC turut merancang lawatan kerja untuk meninjau perkembangan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS), namun tarikh lawatan akan dimaklumkan kelak.

Bagaimanapun, Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tarikh prosiding bagi dua isu berkenaan akan ditentukan kemudian.
"Bagi prosiding untuk isu-isu di LKAN 3/2025, PAC akan memberikan tumpuan kepada tajuk-tajuk yang dikenal pasti mempunyai unsur penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran serta ketirisan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau berkata bagi tahun ini, jawatankuasa berkenaan telah membentangkan 14 Penyata PAC dan merancang membentangkan empat penyata bagi mesyuarat ketiga Dewan Rakyat kali ini.
Sementara itu, Mas Ermieyati berkata PAC akan mengadakan lawatan kerja untuk melihat perkembangan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS), namun tarikh lawatan itu akan dimaklumkan kelak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAC
#Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah
#Kementerian Kewangan
#sistem e-Jamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan