PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
Ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Amaniah, Ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata notis penjelasan telah diserahkan kepada kedua-dua lembaga itu untuk mengemukakan laporan penuh.
“Ya, memang (kita) dah ada bagi notis supaya (mereka) bagi penjelasan keterangan penuh LTAT (dan Felda) walaupun perkara ini daripada audit 2022.
Kita tentukan supaya ada laporan lengkap kelemahan diperbaiki, kalau ada apa terlibat kurang baik kita terpaksa ambil tindakan,” katanya ketika ditanya adakah Felda dan LTAT perlu memberi penjelasan prestasi mereka.
LKAN mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2022 yang dibentang di Dewan Rakyat pada Rabu lepas menunjukkan Felda mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM1.005 bilion.
LKAN turut mendedahkan rizab LTAT merekodkan baki negatif bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2020 iaitu RM0.376 bilion, RM0.285 bilion (2021) dan RM0.338 bilion (2022).
Ditanya adakah beliau ingin melihat sendiri laporan tersebut, Anwar berkata; ‘Ya , saya minta laporan itu, kami bagi masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk menghantar laporan penuh dan Kabinet akan menelitinya.
Mengenai sama ada wujud jawatankuasa mengenai laporan LKAN 2022, beliau berkata kementerian dan agensi berkaitan perlu memberi penjelasan lanjut mengenai prestasi mereka dalam laporan itu.
“Buat masa ini kami perlu mengkaji Laporan Ketua Audit Negara dan kemudian memberikan peluang kepada kementerian, agensi berkaitan untuk mengemukakan penjelasan mereka sendiri dan kami perlu menelitinya,” katanya.
Terdahulu, Anwar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain turut makan tengah hari di surau itu di sini.
Bernama
Fri Mar 08 2024
Anwar mengarahkan LTAT dan Felda mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam LKAN 2022. - Gambar fail
[TERKINI] Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Jumaat menyeru Hamas untuk bersetuju dengan tawaran baharu daripada Israel untuk pembebasan tebusan sebagai pertukaran untuk gencatan senjata Gaza.
Semua anggota perubatan MERCY Malaysia berjaya dibawa keluar dari Rafah
Wisma Putra memaklumkan, keenam-enam anggota dibawa keluar dari zon konflik secara berkumpulan bersama kakitangan antarabangsa yang lain.
Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Katanya, ini pentas untuk penyelesaian politik yang menyediakan masa depan yang lebih baik untuk Israel dan Palestin.
FAMA anjur karnival Agro MADANI di enam lokasi tahun ini
FAMA menyasarkan 235,000 pengunjung dan 450 usahawan akan menerima manfaat menerusi penganjuran Karnival Agro MADANI @Pasar Tani Kekal (PTK) di seluruh negara tahun ini.
MITRA serah 10 mesin layan diri bantu masyarakat India Kelantan jana pendapatan
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) menyerahkan mesin layan diri kepada 10 usahawan India Muslim golongan B40 negeri ini sebagai usaha untuk menjana pendapatan golongan berkenaan.
Kerjasama pihak berkepentingan kunci keberkesanan pelaksanaan NSS
Malaysia kini giat memacu usaha bagi merancakkan industri semikonduktor selain bersedia terhadap lonjakan berteraskan kecerdasan buatan (AI) dari segi permintaan cip berkuasa tinggi.
Jemaah perlu bersedia mental, fizikal, kerohanian untuk kerjakan ibadah haji - Tun Juhar
Jemaah diharap dapat bersabar, bertoleransi, berkasih-sayang sesama saudara Islam tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya.
Keuntungan bersih suku pertama CIMB naik 17.7 peratus kepada RM1.94 bilion
Hasil kumpulan perbankan itu turut meningkat kepada RM5.63 bilion daripada RM5 bilion sebelumnya.
Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya pulih selepas alami gangguan
Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya mengalami kelewatan jadual perkhidmatan bermula 7.22 malam akibat gangguan sistem persemboyanan.
Tawaran Sarawak untuk jadi antara venue Sukan SEA 2027 terima maklum balas positif
Perkara itu hasil beberapa mesyuarat yang diadakan setakat ini dengan Kerajaan Persekutuan.
Bersatu padu demi keselamatan, perpaduan rakyat Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri tegaskan bahawa kita tidak boleh memandang rendah terhadap pihak-pihak tertentu yang mengancam keselamatan dan perpaduan negara.
Baucar buku boleh didapati di aplikasi DELIMa hari ini - KPM
Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa semua murid dan pelajar boleh mula mengakses aplikasi tersebut bagi tujuan berkenaan.
Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM
Penyasaran subsidi diesel dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu telah berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan.
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Kerajaan MADANI komited pupuk hubungan Malaysia-China
Kerajaan MADANI komited untuk memupuk hubungan antara Malaysia dan China yang menyambut ulang tahun ke-50, hari ini.
Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.
PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi Google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion.
Kerajaan pertingkat Maqasid al-Syariah dalam pengembangan ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam.