awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled

Bernama
Bernama
13/07/2024
10:30 MYT
LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika ditemui pemberita selepas selesai lawatan rasmi beliau ke Turkiye selama lima hari sejak Ahad lalu di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama
MACHANG: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) berhubung proses pelaksanaan perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu, dan bukan yang terkini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pembinaan LCS diteruskan sebaik sahaja Kerajaan Perpaduan mengambil alih tampuk pemerintahan, malah pihaknya telah meluncurkan kapal LCS pertama ke dalam air untuk ujian pada 23 Mei lepas.
"Pelaksanaan pembinaan LCS pertama setakat ini mengikut jadual dan perancangan ditetapkan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang 2024 di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, di sini malam tadi.
Sebelum ini media melaporkan semakan audit mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga 31 Disember 2022 adalah rendah, berbanding sasaran 18 kapal ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Jumlah perolehan itu jauh lebih rendah berikutan hanya empat kapal diterima atau 22.2 peratus dengan sembilan lagi dalam proses pelaksanaan perolehan daripada keseluruhan enam kapal LCS, 10 kapal misi pesisir (LMS) dan dua kapal sokongan pelbagai guna (MRSS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Laporan Ketua Audit Negara
#Mohamed Khaled Nordin
#LCS
#status pembinaan terdahulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan