awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan

Bernama
Bernama
10/10/2023
10:18 MYT
LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan
Ewon Benedick (tengah) mempengerusikan Mesyuarat MPKK 2023 hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya sedang dilaksanakan bagi menangani kelemahan yang ditegur serta syor dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 berkaitan geran pembangunan program Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Menteri berkenaan Datuk Ewon Benedick berkata Kuskop akan meminta maklumat lanjut daripada Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia) selaku agensi terlibat bagi program itu, berhubung setiap tindakan susulan untuk menangani kelemahan yang berlaku.
"Kuskop menerima teguran LKAN terkait dengan program di bawah SME Corp ... saya akan meminta maklumat lanjut daripada SME Corp berhubung tindakan (susulan) yang dilakukan, namun sebelum ini SME Corp telah pun memberi penjelasan.
"Saya bersama pengurusan tertinggi Kuskop dan agensi di bawah kementerian akan memastikan semua teguran dalam LKAN 2021 diambil tindakan, terutamanya untuk Belanjawan 2024 akan datang, agar setiap peruntukan disedia akan dibelanjakan seperti yang dimandatkan kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan Tahun 2023 di sini hari ini.
Berdasarkan LKAN 2021 yang dikeluarkan hari ini, pengauditan dilaksanakan bagi perbelanjaan geran pembangunan program SME Investment Partner (SIP) dan program Going Export (GoEx) dari 2014 hingga 2022 melibatkan jumlah semakan bernilai RM59.52 juta bagi kedua-dua program itu, mendapati sebanyak RM16.73 juta geran pembangunan program tidak dibelanjakan.
Menurut laporan itu, pelaksanaan program yang lemah mengakibatkan hanya RM27.91 juta daripada RM59.52 juta geran berjaya dibelanjakan dalam tempoh ditetapkan manakala RM14.88 juta dibelanjakan bagi program lain menjadikan secara keseluruhan RM42.79 juta (71.9 peratus) peruntukan diterima, dibelanjakan dan memberi manfaat kepada PKS.
Berikutan itu, laporan itu mengesyorkan supaya pemantauan prestasi perbelanjaan program hendaklah dilaksanakan oleh Kuskop, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.
Selain itu, LKAN memaklumkan SME Corp Malaysia perlu merancang dengan teliti dan mengambil kira semua keperluan PKS sebelum memohon peruntukan dana daripada kementerian bagi menjalankan program.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#geran pembangunan
#LKAN
#Kuskop
#geran PKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan