awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lobak merah memang popular kerana banyak khasiatnya - KKM

Sinar Harian
Sinar Harian
05/11/2018
20:37 MYT
Lobak merah memang popular kerana banyak khasiatnya - KKM
Perkongsian berkenaan lobak merah di Twitter Kementerian Kesihatan mendapat usikan nakal dari pengguna. Foto KKM/Sinar Harian
Kementerian Kesihatan (KKM) pada Isnin tampil dengan perkongsian 'nakal' khasiat lobak merah kepada pelayar Twitter.
KKM berkongsi kenyataan lobak merah sememangnya popular kerana banyak khasiatnya.
Menurutnya, lobak merah mempunyai kadar karotenoid yang tinggi dan membekalkan vitamin A.
“Kekurangan karotene dalam diet boleh menyumbang kepada lima risiko yang pertamanya ialah peningkatan mortaliti dan morbiditi disebabkan penyakit penafasan dan gastrousus.
“Kedua, sistem imun menjadi lemah, ketiga, rabun malam, keempat, meningkatkan risiko menghidap penyakit kanser dan kelima kerosakan kornea mata yang mungkin menyebabkan buta,” kongsi KKM semalam.
BACA: 'Kalau saya Presiden UMNO, saya singkir kamu sebab IQ macam lobak', kata KJ kepada Lokman
Perkongsian berkenaan mendapat usikan nakal dari pelayar Twitter.
Seorang pelayar, Suara Saya menyebut nama Lokman Adam (Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam) dalam komennya dan mengucapkan kepada individu berkenaan semoga lebih tenang di samping lobak, manakala, pelayar Azral Azlee pula bertanyakan kepada KKM kelebihan lobak putih.
MACK pula memohon agar janganlah harga lobak merah naik mendadak.
Pada Sabtu, Lokman membidas bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sebagai tidak bertanggungjawab kerana menyalahkan bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak selepas kalah dalam PRU14.
Malah, Lokman turut menyerang Khairy di laman Twitternya mengatakan Ahli Parlimen Rembau itu boleh berhenti bermimpi menjadi Presiden UMNO sekiranya terus mencari kesalahan orang lain.
Membalas serangan itu, Khairy pada Ahad berkata lebih baik Lokman berdoa agar beliau tidak menjadi Presiden UMNO.
Menurut Khairy, perkara pertama yang akan beliau lakukan sekiranya menjadi Presiden UMNO ialah menyingkirkan Lokman kerana mempunyai IQ (rendah) seperti lobak.
Pada lewat petangnya pula, Lokman dalam nada sinis berkata, Khairy sememangnya tidak layak memegang jawatan sebagai Presiden UMNO susulan sikap oportunis beliau.
Topic Berkaitan
#karotene
#Kementerian Kesihatan
#Khairy Jamaluddin
#KKM
#lobak merah
#Lokman Adam
#sistem imun
#Twitter
#vitamin A
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan