Tahukah anda walaupun negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, namun sambutan hari bersejarah itu diraikan buat pertama kali dengan penggunaan logo, 19 tahun selepas tarikh keramat itu?.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Media dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Badrul Redzuan Abu Hassan berkata logo Hari Kebangsaan hanya mula dicipta pada 1976 dengan tema 'Ketahanan Rakyat'.
Beliau yang pernah membuat kajian dan menerbitkan artikel bertajuk 'Implikasi Komunikatif Logo Hari Kemerdekaan: Sebuah Nota Penyelidikan" bersama-bersama rakan penulis Sitinurbayu Mohd Yusoff berkata, logo sulung itu diperkenalkan jawatankuasa Perayaan Hari Kebangsaan pada tahun berkenaan.
"Malaysia merupakan antara negara yang melihat logo sebagai antara elemen penting dan mempunyai peranan dalam mengajak rakyat agar lebih menjiwai Hari Kemerdekaan.
"Sehingga kini, sebanyak 38 logo telah direka dan terdapat logo yang diguna pakai secara berulang misalnya logo yang menggunakan simbol gagasan 1Malaysia yang diguna pada 2009 sehingga 2013," katanya kepada Bernama.
Badrul Redzuan berkata berdasarkan kajian beliau pada 2014 itu, mendapati pada awalnya logo Hari Kebangsaan direka cipta oleh kumpulan pensyarah dan pelajar Universiti Teknologi MARA dan kemudiannya pertandingan mencipta logo diperkenalkan sekitar 1988 dalam menggalakkan penglibatan orang ramai menyambut Hari Kebangsaan.
"Logo yang digunakan dipilih daripada pemenang pertandingan, kecuali pada 1991, logo bertemakan 'Wawasan 2020' direka cipta seorang artis yang juga pensyarah kanan Universiti Teknologi MARA, Hashim Hassan," katanya.
Badrul Redzuan berpandangan logo Hari Kebangsaan yang mempunyai elemen patriotik secara tidak langsung berfungsi sebagai platform menyampaikan mesej kepada masyarakat tentang sesuatu isu termasuklah perpaduan dan semangat setia kawan.
"Logo Hari Kebangsaan yang baik dapat menggarap inti pati bermakna kepada masyarakat dibantu dengan reka bentuk serta visual menarik yang membawa makna sosiobudaya kontemporari," katanya.
Baginya logo juga berupaya memantapkan sesuatu identiti bangsa yang ingin ditonjol dan disampaikan selain perlu direka ringkas agar mudah diingati.
Beliau turut memuji rekaan logo Hari Kebangsaan 2020 iaitu 'Malaysia Prihatin' sebagai berjaya menterjemahkan keadaan semasa negara yang berdepan wabak COVID-19 dan penggunaan semiotik sosial yang bentuk hati, katanya amat bertepatan dengan sambutan kali ini.
"Bentuk hati yang digunakan dalam logo itu melambangkan keprihatinan, kasih sayang dan empati selain simbol kenegaraan melalui warna yang terdapat pada Jalur Gemilang," katanya sambil menambah proses ciptaan logo harus bersifat demokratis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020

Rekaan logo Hari Kebangsaan 2020 iaitu 'Malaysia Prihatin' dipuji kerana berjaya menterjemahkan keadaan semasa negara yang berdepan wabak COVID-19. - Foto malaysiamerdeka.my

Pemilik syarikat air didenda kerana jual air paip diambil dari tandas
SFA menegaskan, pembotolan air secara haram di kemudahan tidak berlesen menimbulkan risiko keselamatan makanan.

Keputusan tunai haji bergantung pada kelulusan Arab Saudi - Zulkifli
Keputusan untuk menghantar jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini bergantung pada kelulusan daripada Arab Saudi dan situasi pandemik ketika itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Vaksin COVID-19 | 195 pusat vaksinasi didirikan di Sabah
Sebanyak 195 pusat pemberian vaksin COVID-19 didirikan di Sabah bagi menjayakan program imunisasi di negeri itu. Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin di negeri itu, pagi tadi.

Sijil Halal | JAKIM perluas skop akreditasi ISO/IEC 17065
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, usaha itu bagi membantu industri khususnya dalam aspek pemasaran produk domestik yang mempunyai pensijilan halal Malaysia untuk pergi jauh merentas sempadan dan benua.

Ebit Lew sering beri hadiah kepada isteri selepas pulang dari misi
Setiap kali pulang dari menjalankan bakti, pendakwah bebas, Ebit Lew pasti akan memberi hadiah kepada isteri sebagai menghargai usaha dan pengorbanannya dalam memastikan perjalanan dakwah Ebit berjalan lancar.

Doa Ebit Lew buat Malaysia
Walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang dibentuk daripada kepelbagaian, kita tidak ubah seperti sebuah keluarga. Kata pendakwah bebas, Ebit Lew, seharusnya sebuah keluarga saling berkasih sayang dan memaafkan kerana kita dijadikan sama sahaja di sisi Tuhan.

Kalau sedih, menangislah ubatnya - Ebit Lew
Apabila kita bersedih dan tak terdaya untuk melakukan apa-apa, menangislah dan berdoa kepada Tuhan dengan sesungguh hati. Kata pendakwah bebas, Ebit Lew, itu yang beliau sendiri lakukan setiap kali hilang semangat untuk meneruskan langkah bakti, selain daripada mendapatkan nasihat daripada para guru serta bertemu dengan ibunya untuk mendapat kembali kekuatan.

AWANI Ringkas: Penjajaran politik baharu?

Manchester United halang Bruno Fernandes wakili Portugal
Portugal dijadual menghadapi tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 hujung bulan ini.

PKPP | Rentas daerah ikut zon di Sabah tidak beri kesan
Kebenaran rentas daerah mengikut zon di Sabah tidak memberikan kesan positif kepada pengusaha bas ekspres di negeri itu. Situasi itu memberi tekanan kepada pengusaha bas ekpres di Sabah yang terkesan sejak pandemik COVID-19. Justeru, mereka menggesa kerajaan negeri membenarkan rentas daerah tanpa mengikut zon seperti yang dilakukan di Semenanjung.

Logo Hari Kebangsaan hanya mula diguna pada 1976
Malaysia merupakan antara negara yang melihat logo sebagai antara elemen penting dan mempunyai peranan dalam mengajak rakyat agar lebih menjiwai Hari Kemerdekaan.