awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lokap jadi lokasi berbulan madu pasangan pengantin baru

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
18/09/2019
08:45 MYT
Lokap jadi lokasi berbulan madu pasangan pengantin baru
Ab Rashid (dua kiri) menunjukkan kodain yang dirampas dalam serbuan awal pagi tadi. - Foto PDRM
Lokap menjadi lokasi berbulan madu buat pasangan pengantin baru selepas mereka 'dicekup' dalam satu serbuan yang dilakukan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.
Dalam serbuan jam 2.30 pagi tadi yang dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bunohan, di sini, turut dirampas 73 gram syabu, tiga botol minuman air ketum, 16 botol kecil berisi kodain dan lima biji eramin 5.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, pasangan terbabit baru berkahwin 12 September lalu.
Katanya, pasangan suami isteri yang berusia 40 dan 38 tahun itu ditahan hasil intipan serta maklumat daripada orang ramai.
Nilai keseluruhan rampasan terbabit berjumlah RM11,500 termasuk wang tunai berjumlah RM4,000, enam buah telefon dan sebuah kereta Proton Waja.
"Hasil ujian air kencing yang dijalankan kita dapati mereka positif dadah jenis metamphetamin dan dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu di sekitar Tumpat dan Kota Bharu," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.
Kedua suspek ditahan reman selama lima hari bermula hari ini hingga 24 September nanti dan kes disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#Ab Rashid Mat Daud
#Dadah
#Ketua Polis Daerah Tumpat
#Kota Bharu
#pasangan pengantin baru
#polis
#serbuan dadah
#Tumpat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan