Sebanyak 10 lokasi penyelenggaraan cerun secara kerja pembaikan dan 59 lokasi secara kerja pencegahan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dengan anggaran kos sebanyak RM19.4 juta di Jalan Tapah-Cameron Highlands pada tahun ini.
Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, pihaknya juga telah menyiapkan kerja penyelenggaraan cerun runtuh di 1 lokasi secara kerja pembaikan dan 30 lokasi secara kerja pencegahan dengan jumlah kos sebanyak RM9.3 juta di sepanjang Jalan Tapah - Cameron Highlands yang menghubungkan Daerah Batang Padang, Perak dan Daerah Cameron Highlands, Pahang pada 2018.
"Laluan Persekutuan FT059 Jalan Tapah - Cameron Highlands merupakan jalan utama. Walaupun laluan tersebut merupakan jalan lama, perhatian akan terus diberikan oleh Kementerian Kerja Raya terhadap penyelenggaraan jalan dan cerun di samping jalan alternatif iaitu laluan FT185 Jalan Simpang Pulai - Blue Valley - Lojing- Gua Musang dan laluan FT102 Jalan Pos Betau- Lembah Bertam untuk menuju ke Cameron Highlands.
"Kementerian Kerja Raya sentiasa memberi perhatian dan komited untuk terus menyelenggara jalan dan cerun bagi kepentingan dan keselamatan pengguna jalan raya bukan sahaja di Jalan Tapah - Cameron Highlands (FT059) malah di seluruh negara .
"Berdasarkan Belanjawan 2019 yang telah diluluskan, kerajaan memperuntukkan RM 20 juta di bawah peruntukan Kementerian Kerja Raya untuk kerja penyelenggaraan cerun di Jalan Persekutuan seluruh Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Katanya, Kementerian Kewangan (MoF) turut memberi jaminan akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM90 juta lagi bagi kerja penyelenggaraan cerun di Jalan Persekutuan seluruh Malaysia.
Selain kerja penyelenggaraan cerun yang telah dan akan dilaksanakan, antara tindakan lain bagi mengurangkan risiko kejadian runtuhan cerun kata Baru Bian, kementeriannya turut melaksanakan kerja-kerja penilaian dan pemetaan tahap bahaya dan risiko cerun.
"Ia di sepanjang Jalan Persekutuan melalui pengumpulan data dengan menggunakan teknologi-teknologi terkini seperti teknologi LIDAR (Light Detection and Ranging) serta pembangunan Sistem Amaran Awal dan Masa Nyata / Early Warning System (EWS).
"Ia langkah mengetahui tanda-tanda awal keruntuhan cerun dan maklumat berkaitan dapat disebarkan untuk keselamatan pengguna jalan raya di kawasan terlibat," ujarnya.
Astro Awani
Fri Jan 18 2019
BARU BIAN: Kementerian Kerja Raya sentiasa memberi perhatian dan komited untuk terus menyelenggara jalan dan cerun bagi kepentingan dan keselamatan pengguna jalan raya. - Gambar Facebook photo
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laluan Buduk Nur, Ba Kelalan berbahaya, perlu dibangunkan segera - Baru Bian
ADUN Ba'Kelalan, Baru Bian berharap jalan raya menghubungkan Buduk Nur dengan sempadan Kalimantan, Indonesia dinaik taraf secepat mungkin kerana terlalu berbahaya untuk dilalui kenderaan.
[RASMI] PRU15: Henry Sum Agong menang di Lawas, tewaskan Baru Bian
Henry Sum Agong berjaya mempertahankan kerusi P.222 Lawas meskipun berdepan calon 'heavyweight', Baru Bian.
PRN Sarawak: Baru Bian kekal penguasaan di Ba'kelalan
Baru Bian yang bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh 2,687 undi menewaskan pencabar terdekatnya Sam Laya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan majoriti 680 undi.
PRN Sarawak: Masyarakat Lun Bawang Ba'kelalan bersama saya - Baru Bian
Baru yang dalam misi mempertahankan kerusinya di Ba Kelalan tidak risau dengan pilihan sejumlah 8,503 pengundi kawasan tersebut biarpun berdepan empat pencabar.
PRN Sarawak: Dua bekas menteri persekutuan antara 69 calon PSB
Dua bekas menteri persekutuan merupakan antara 69 calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
PRN Sarawak: Lebih ramai lebih meriah, Baru Bian sedia pertahan DUN Ba'kelalan
Baru Bian bersedia mempertahankan kerusi DUN Ba'Kelalan yang dimenanginya sejak dua penggal lalu.
PRN Sarawak: Perbincangan kerjasama PH-PSB tergendala - PKR Sarawak
Permintaan agihan kerusi yang bertindih jadi punca rundingan PH dan PSB di Sarawak tergendala buat masa ini.
Percepatkan PRN Sarawak tindakan tidak bertanggungjawab - Baru Bian
Tindakan Gabungan Parti Sarawak untuk mempercepatkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
Baru Bian positif COVID-19, tidak hadir persidangan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian mengesahkan beliau tidak dapat menghadiri sidang Parlimen yang bermula esok kerana disahkan positif COVID-19.
Siapa Ketua Menteri Sarawak kalau PSB menang PRN12?
Adakah Datuk Seri Wong Soon Koh atau Baru Bian akan dicalonkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu dari Parti Sarawak Bersatu (PSB)?