Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah mengenal pasti beberapa lokasi strategi untuk projek pembangunan Muzium Alam Semulajadi yang pertama di Malaysia, kata Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi.
Ahli Parlimen Silam itu berkata ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab pasukan petugas khas telah dibentuk khusus bagi membincangkan pelaksanaan cadangan itu di peringkat Persekutuan.
“Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dikenal pasti untuk tujuan pembangunan muzium, dan ini termasuklah sebidang tanah di Presint 5, Putrajaya.
“Namun cadangan ini terpaksa ditangguhkan kerana terdapat kekangan kewangan,” katanya sewaktu menjawab soalan Ahmad Hassan (WARISAN - Papar) di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahmad ingin mengetahui sekiranya status terkini perancangan Muzium Alam Semulajadi itu, serta kemungkinan ia dapat dibina di Sabah.
Mengenai pemilihan Sabah sebagai lokasi itu, Mohamaddin berkata ia boleh dilakukan sekiranya kerajaan negeri bersetuju dengan beberapa syarat.
Antaranya ialah kerajaan negeri bersedia serahkan tanah kepada kerajaan Persekutuan, ia akan dikendalikan Persekutuan sepenuhnya, dan ia akan mendapat taraf Persekutuan.
Selain itu, Mohamaddin berkata kerajaan negeri juga perlu bersedia menanggung sebahagian kos pembinaan muzium itu.
Firdaus Azil
Thu Oct 17 2019
MOHAMADDIN KETAPI: "Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dikenal pasti untuk tujuan pembangunan muzium, dan ini termasuklah sebidang tanah di Presint 5, Putrajaya." - Gambar fail
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Rasuah RM3.7 juta: Dakwa saya sekali di mahkamah jika ada bukti - Mohamaddin Ketapi
Mohamaddin berkata heretlah beliau sekali sekiranya ada bukti yang kukuh.
Lokasi Muzium Alam Sekitar sudah dikenal pasti, tapi ditangguh sebab kekangan kewangan
Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dikenal pasti untuk tujuan pembangunan muzium.
Saya orang miskin, saya tidak ada apa-apa untuk isytihar - Mohamaddin
Datuk Mohamaddin Ketapi menegaskan beliau tidak memiliki sebarang harta untuk diisytihar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).