awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lompat parti: Rakyat menyampah, bosan dan meluat dengan ahli politik - Nazri Aziz

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/11/2021
07:44 MYT
Lompat parti: Rakyat menyampah, bosan dan meluat dengan ahli politik - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) sifatkan ahli politik merupakan profesion yang sangat dikutuk rakyat ketika ini. - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas) menyifatkan ahli politik merupakan profesion yang sangat dikutuk rakyat ketika ini.
Menurut beliau, persepsi itu wujud selepas ahli politik dikaitkan dengan tindakan tidak beretika seperti melompat parti dan menjatuhkan kerajaan.
"Sebenarnya, rakyat sudah menyampah, benci, bosan dan meluat dengan ahli-ahli politik yang macam ini.
"Langsung tidak meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan peribadi. Pada hari ini, saya kira satu profesion yang sangat dikutuk rakyat adalah ahli politik.
"Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Senator - semuanya saya rasa rakyat pada hari ini memang bosan dan sudah meluat.
"Sebab itu mereka yang telah menjatuhkan (kerajaan) dan melompat, apabila bertanding semula sebagai calon, mereka telah dihukum oleh rakyat. Kalah," tegasnya
''Rakyat dah menyampah, benci, bosan dan meluat dengan ahli politik macam ini... Pada hari ini profesion dikutuk rakyat adalah ahli politik...," kata YB Padang Rengas, DS Mohamed Nazri Abdul Aziz mengenai isu lompat parti.#AWANInews#SisiTVParlimen#DewanRakyat pic.twitter.com/9antxUa50T
— Astro AWANI (@501Awani) November 22, 2021
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) di peringkat jawatankuasa melibatkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dewan Rakyat pada Isnin.
Justeru beliau mengemukakan dua cadangan supaya Rang Undang-Undang Antilompat Parti dirangka, dibentang dan diluluskan dengan segera sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Pertama sekali kepada Speaker sebagai ketua kita dalam Parlimen untuk dengan segera mengadakan Jawatankuasa Pemilih dan memanggil semua mana-mana parti menghantar wakil untuk menjadi ahli jawatankuasa ini dengan dipengerusikan oleh Speaker sendiri supaya kita dapat selesaikan masalah ini secepat mungkin.
"Kedua, saya juga minta kepada menteri yang bertanggungjawab kepada undang-undang supaya ambil inisiatif membawa perkara ini ke mesyuarat jemaah menteri secepat mungkin, supaya mungkin boleh dikerahkan kepada Peguam Negara untuk mengadakan kerangka dan penyiasatan atau mesyuarat termasuk sesi dialog (town hall)," katannya.
Jelasnya, kerajaan mempunyai dua tahun untuk RUU itu digubal selain percaya ia bukan sahaja akan mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen tetapi rakyat secara keseluruhannya.
Topic Berkaitan
#Nazri Aziz
#lompat parti
#ahli politik dikutuk
#rakyat sudah menyampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan