NATIONAL
Lonjakan aliran trafik cecah 2.2 juta, jangka gelombang kedua - PLUS

Suhairy memaklumkan, peningkatan jumlah kenderaan di kesemua lebuh raya PLUS dapat dilihat sejak awal pagi ini dan dijangka akan berlaku gelombang kedua pada malam ini. - Gambar PLUS
SUBANG: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyaksikan lonjakan aliran trafik ketara sejak semalam dengan angka pengguna telah mencecah 2.2 juta.
Ketua Jabatan Keselamatan Trafik PLUS, Suhairy A. Rahman memaklumkan, peningkatan jumlah kenderaan di kesemua lebuh raya PLUS dapat dilihat sejak awal pagi ini dan dijangka akan berlaku gelombang kedua pada malam ini.
"Sejak semalam kita telah menyaksikan lonjakan trafik kepada jumlah sebanyak 2.2 juta seperti mana yang kita telah jangka.
"Ini termasuk di semua arah dari arah utara ke selatan, sejak semalam kita dapat nampak trafik telah mula sesak. Orang ramai mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman dan tren tersebut bersambung pada awal hari ini. Kita juga jangka buat masa ini trafik lancar dan mungkin akan ada gelombang kedua selepas tengah malam ini," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.Dalam pada itu, Suhairy turut menasihatkan pengguna jalan raya terutama penunggang motorsikan tidak mengantuk ketika memandu dan menjaga keselamatan antara satu sama lain.
"Pastikan kenderaan anda diselenggara dan berfungi dengan baik, sebelum anda memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
"Yang kedua kondisi diri, pastikan anda berada dalam keadaan baik, sihat, segar dan cergas sebelum memulakan perjalanan dan akhir sekali tolong pastikan baki kad Touch n Go atau e-wallet anda cukup supaya anda tidak jadi punca kesesakan di plaza tol nanti," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami