awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori bawa batu kerikil rempuh lapan kereta

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/08/2022
13:07 MYT
Lori bawa batu kerikil rempuh lapan kereta
Polis menahan pemandu lori yang berusia 34 tahun untuk siasatan lanjut. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil berhampiran premis Mercedes-Hap Seng gempar apabila sebuah lori yang membawa muatan batu kerikil yang melalui kawasan itu tiba-tiba merempuh lapan buah kereta.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kesemua pemandu dan penumpang lapan kenderaan yang dilanggar lori tersebut bernasib baik apabila tiada yang mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan berkata, polis menahan pemandu lori yang berusia 34 tahun untuk siasatan lanjut.
"Semakan mendapati pemandu itu mempunyai 13 rekod saman lampau namun telah dijelaskan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut Anbalagan berkata, berdasarkan siasatan awal, pemandu lori itu dikatakan gagal memberhentikan kenderaannya dan melanggar lapan buah kenderaan yang berada di hadapannya.
Pelanggaran itu katanya dipercayai berlaku disebabkan sistem brek lori berkenaan yang tidak berfungsi dengan baik.
Ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu terbabit juga katanya, negatif dadah.
Topic Berkaitan
#lori rempuh kereta
#lebuhraya bukit jalil
#Mercedes-Hap Seng
#lori kerikil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan