Sebuah lori 10 tan yang membawa muatan pasir hilang kawalan lalu merempuh 14 kereta di hadapannya di Jalan Duta petang tadi.
Menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S. Markandan, kemalangan pada pukul 4.50 petang itu tidak meragut nyawa namun menyebabkan kecederaan ringan kepada semua mangsa yang terlibat.
"Pemandu lori berusia 32 tahun itu mendakwa dia hilang kawalan apabila berlaku kegagalan brek pada lori berkenaan ketika berada pada jalan yang sedikit menuruni bukit menghala ke pusat bandar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Markandan berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku di laluan lima lorong satu hala dan kenderaan yang dilanggar adalah di lorong keempat dan kelima ketika jalan sedang sesak.
Katanya ketika kejadian jalan raya dalam keadaan basah selepas hujan dan lori berkenaan melanggar kenderaan di hadapannya yang bergerak ke arah yang sama.
Beliau berkata lori dan semua kenderaan terlibat dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan pemandu lori berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kerana memandu dengan tidak cermat.
Bernama
Thu Mar 17 2016
Ketika kejadian jalan raya dalam keadaan basah selepas hujan dan lori berkenaan melanggar kenderaan di hadapannya yang bergerak ke arah yang sama. - Foto Bernama (ehsan orang awam)
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Lori hilang kawalan rempuh 14 kereta di Jalan Duta
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di laluan lima lorong satu hala dan kenderaan yang dilanggar adalah di lorong keempat dan kelima ketika jalan sedang sesak.