awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori minyak di premis rampasan KPDN Kuching terbakar

Bernama
Bernama
22/03/2023
03:00 MYT
Lori minyak di premis rampasan KPDN Kuching terbakar
Keluasan kebakaran dianggarkan 10 meter persegi dan turut memusnahkan sebuah lori tangki minyak yang terbakar 100 peratus. - Gambar hiasan
KUCHING: Sebuah lori tangki minyak di premis penyimpanan barangan rampasan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Jalan Ellis di sini, terbakar tengah malam tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan panggilan mengenai insiden itu diterima pada 12.55 tengah malam dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan serta Batu Lintang telah ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, didapati keluasan kebakaran dianggarkan 10 meter persegi dan turut memusnahkan sebuah lori tangki minyak yang terbakar 100 peratus.
"Selain itu, pihak bomba juga berjaya menyelamatkan 14 daripada 16 kenderaan pelbagai jenis dan sebuah struktur stor penyimpanan barangan rampasan seperti bahan petroleum dan gas petroleum cecair (LPG) berukuran 20x20 meter," menurutnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kebakaran juga tidak melibatkan struktur bangunan dan operasi pemadaman tamat pada 1.50 pagi, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lori tangki minyak
#barang rampasan
#terbakar
#kpdn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan