awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
Pelancongan desa Selangor berpotensi jadi model rujukan nasional kempen TMM2026
Dos kelahiran vaksin Hepatitis B kekal dalam Program Imunisasi Kebangsaan - KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori rempuh JB-Woodland: JPJ segera siasat, tindakan tegas akan diambil

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
07/07/2022
04:17 MYT
Lori rempuh JB-Woodland: JPJ segera siasat, tindakan tegas akan diambil
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan segera menjalankan siasatan berhubung insiden sebuah lori melanggar beberapa kenderaan di Jalan Johor Bharu - Woodlands.
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan segera menjalankan siasatan di bawah Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP) berhubung insiden sebuah lori melanggar beberapa kenderaan di Jalan Johor Bharu - Woodlands.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, polis juga akan membuat ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori berkenaan.
“Tindakan tegas akan dikenakan kepada pemandu lori atau syarikat terbabit jika didapati gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan,
“Setelah JPJ melengkapkan audit ICOP, termasuklah seperti menggantung lesen PSV pemandu lori, menggantung permit syarikat atau lain-lain hukuman yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333),” kata Ka Siong dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau hari ini.
Tegas Ka Siong lagi, pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga akan diarah menyiasat dari aspek teknikal, untuk mencari punca kemalangan tersebut berlaku.
Dalam masa sama, beliau menggesa, orang ramai yang berada di tempat kejadian semasa kemalangan berkenaan diminta menyerahkan bukti-bukti seperti rakaman video jika ada bagi membantu siasatan.
“Saya amat memandang serius kes-kes seperti ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak. Mana-mana pihak yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman tegas kerana ia membabitkan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Wee Ka Siong
#kemalangan
#lori rempuh
#Johor Bharu - Woodlands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan