TAIPING: Sebuah lori sampah milik syarikat swasta musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Besar Simpang, dekat sini, awal pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 4.50 pagi.

“Setibanya jentera di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah lori sampah yang musnah 60 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, kata jurucakap itu, kebakaran tidak melibatkan mangsa.

Difahamkan terdapat dua pekerja sedang menjalankan tugas mengutip sampah di kawasan berkenaan ketika kejadian.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Shahridzuan Shamsudin tamat pada jam 7 pagi.