awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori subkontraktor KDEBWM kemalangan, seorang maut

Sinar Harian
Sinar Harian
23/01/2023
04:15 MYT
Lori subkontraktor KDEBWM kemalangan, seorang maut
Seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori sampah milik subkontraktor KDEBWM di Klang, pada Ahad. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori sampah milik subkontraktor KDEB Waste Management (KDEBWM) di Klang, pada Ahad.
Pengarah Urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, insiden itu berlaku apabila lori dipandu mangsa melanggar pembahagi jalan dan hilang kawalan sebelum melanggar tiang jalan.
Menurutnya, seorang kru pembersihan disahkan meninggal dunia sementara pemandu lori telah dikejarkan ke hospital menaiki ambulans.
"KDEBWM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan berkenaan dan turut berdukacita dengan kejadian yang tidak diduga ini.
"Kami memandang serius akan kejadian ini dan menggesa semua pemandu lori KDEBWM agar lebih peka dan bertanggungjawab semasa berkhidmat menjalankan tugas," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan lain.
Ujarnya, kejadian telah dilaporkan ke Balai Polis Klang dan kes sedang dalam siasatan.
"KDEBWM akan memberikan kerjasama kepada pihak IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Klang berhubung kejadian ini dan akan mendapatkan maklumat lanjut termasuk memberikan bantuan kepada mangsa kejadian.
"Kami memberi jaminan akan bekerjasama penuh dengan polis dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan ini," katanya.
Beliau juga memaklumkan akan membantu dan memudahcara urusan tuntutan insurans berkaitan untuk mangsa-mangsa yang terlibat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan
#KDEBWM
#meninggal dunia
#langgar pembahagi jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan