awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori tangki terbalik akibat masalah brek

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2022
22:00 MYT
Lori tangki terbalik akibat masalah brek
Lori tangki terbalik akibat masalah brek di jambatan Telok Datok, Banting pada Rabu. - Foto Sinar Harian
BANTING: Sebuah lori tangki terbalik akibat masalah brek hingga menutup laluan di jambatan Telok Datok, di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kemalangan kira-kira jam 7.25 malam itu turut melibatkan sebuah kereta jenis BMW 5 Series.
Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika lori tangki menghala ke arah Banting itu mengalami masalah brek yang tidak berfungsi hingga mengakibatkannya mengundur ketika melalui jambatan berkenaan.
"Lori tangki yang hilang kawalan itu telah melanggar penghadang jalan di sebelah kiri sebelum merempuh kereta BMW berkenaan dan terbalik.
"Kemalangan itu mengakibatkan laluan di jambatan menghala ke Banting ditutup hingga akibatkan kesesakan sehingga dua kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, lori tangki berkenaan berjaya dialihkan pada jam 9.50 malam dan aliran trafik di lokasi dalam keadaan terkawal.
Katanya, dua pemandu lori tangki dan BMW bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Saksi bebas yang melihat kemalangan dan mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621 atau 03-31872222," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lori tangki terbalik
#Kuala Langat
#BMW 5 Series
#brek tidak berfungsi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan