awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori terjunam dalam longkang, mayat pemandu ditemui

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/07/2021
13:22 MYT
Lori terjunam dalam longkang, mayat pemandu ditemui
Pemandu lori yang hilang selepas kenderaan dipandunya terjunam ke dalam longkang dipenuhi air sedalam 4.57 meter ditemui lemas pada Ahad. - Foto ihsan JBPM
SEBERANG PERAI: Pemandu lori yang hilang selepas kenderaan dipandunya terjunam ke dalam longkang dipenuhi air sedalam 4.57 meter di Kilometer 137 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Perai, ditemui lemas pada Ahad.
Mayat lelaki berusia 51 tahun itu ditemui Anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth kira-kira jam 4 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata dalam kemalangan jam 1.30 tengahari itu, lori yang dipandu mangsa bersama kelindan berusia 57 tahun dikatakan hilang kawalan selepas melanggar sebuah kereta Proton Persona di sebelah kanan.
Akibat pelanggaran itu pemandu lori gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh penghadang jalan di sebelah kiri sebelum lori terjunam ke dalam longkang besar.
"Pemandu lori meninggal dunia akibat lemas manakala kelindan itu selamat,” katanya ketika dihubungi.
BACA: Lori terjunam ke dalam longkang besar, pemandu dikhuatiri lemas
Terdahulu, anggota bomba dan penyelamat berada di lokasi bagi operasi mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap di dalam lori berkenaan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat manakala kelindan itu juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#lori terjunam
#ditemui lemas
#PLUS
#Lebuhraya Utara Selatan
#Perai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan