awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori terjunam ke dalam longkang besar, pemandu dikhuatiri lemas

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/07/2021
07:33 MYT
Lori terjunam ke dalam longkang besar, pemandu dikhuatiri lemas
Usaha menyelamatkan seorang lagi mangsa, iaitu pemandu lori sedang dilakukan pasukan penyelamat. - Foto ihsan JBPM
SEBERANG JAYA: Seorang pemandu lori dikhuatiri lemas selepas lori yang dipandunya terbabas ke dalam longkang besar dalam kemalangan di Kilometer 137 (arah Selatan), Lebuhraya Utara Selatan, Pulau Pinang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.34 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah lori terjunam ke dalam longkang sedalam lebih kurang 4.57 meter.
Kejadian dilaporkan berlaku sewaktu hujan lebat.
Menurut Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perai, PBK II Mohd Fakharurazi Md Rejab, terdapat dua mangsa di dalam lori berkenaan, namun seorang daripadanya berjaya diselamatkan.
"Terdapat dua lelaki di dalam lori berkenaan iaitu pemandu dan kelindan lori, seorang berjaya di selamatkan dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, manakala usaha menyelamatkan seorang lagi dipercayai pemandu lori sedang dilakukan pasukan penyelamat.
"Anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dengan bantuan lori kren sedang melakukan kerja-kerja penyelamatan dan pencarian di sepanjang longkang besar tersebut," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Topic Berkaitan
#lori terjunam
#pemandu lori
#longkang besar
#bomba
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan