JERANTUT: Sebuah lori membawa muatan batu kasar dipercayai mengalami masalah enjin melanggar enam kenderaan lain di Kilometer (KM) 16 Jalan Jerantut- Kuala Lipis, dekat Bukit Atap pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, enam kenderaan lain terlibat iaitu kereta jenis Proton Saga FLX, dua Toyota Vios, Proton Saga,Perodua Myvi dan Honda.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Mazlan Hassan memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu lori membawa muatan tersebut menghala ke Kuala Lipis.
"Apabila tiba di tempat kejadian, ketika lori itu sedang mendaki jalan berbukit, tiba-tiba enjin kenderaan tersebut hilang kuasa dan terundur sebelum melanggar enam kenderaan lain yang berada di belakang.
"Akibatnya, kenderaan terbabit mengalami pelbagai kerosakan namun tidak melibatkan sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya, saksi kejadian akan dipanggil bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Peraturan 17 LN 166/59. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 20 2023
Sebuah lori membawa muatan batu kasar melanggar enam kenderaan lain selepas terundur ketika mendaki Bukit di KM16 Jalan Jerantut-Kuala Lipis dekat Bukit Atap pada Isnin dipercayai masalah enjin. - Foto ihsan PDRM/Sinar Harian
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,089
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Lori terundur langgar enam kenderaan
Dalam kejadian itu, enam kenderaan lain terlibat iaitu kereta jenis Proton Saga FLX, dua Toyota Vios, Proton Saga,Perodua Myvi dan Honda.