KUALA LUMPUR: Sebagai persediaan menghadapi pertambahan jumlah kenderaan di lebuh raya yang dijangka menyebabkan kesesakan lalu lintas, lorong Smart Lane diaktifkan pada musim perayaan ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata apa yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama syarikat konsesi lebuh raya Plus Malaysia Bhd (PLUS) adalah sebagai usaha melancarkan aliran trafik di laluan Smart Lane.
Sehubungan dengan itu, laluan Smart Lane di Lebuhraya Utara-Selatan di 18 lokasi strategik ditambah baik selain menambah baik papan tanda pemberitahuan dan peringatan dari segi reka bentuk dan kuantiti.
"Papan tanda elektronik pemberitahuan pengaktifan Smart Lane turut ditambah dan memasang lampu hijau berkelip di atas papan tanda sebagai indikasi laluan Smart Lane sedang diaktifkan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Laluan Smart Lane diperkenalkan untuk menambah kapasiti lorong di laluan yang dikenal pasti, membantu menyuraikan kesesakan pada waktu puncak dan meningkatkan kelancaran perjalanan sepanjang lebuh raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024
Laluan Smart Lane di Lebuhraya Utara-Selatan di 18 lokasi strategik ditambah baik selain penambahbaikan papan tanda pemberitahuan dan peringatan dari segi reka bentuk dan kuantiti. - Foto FB Alexander Nanta Linggi
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Lorong Smart Lane diaktifkan tangani kesesakan jalan raya musim perayaan
Sebagai persediaan menghadapi pertambahan jumlah kenderaan di lebuh raya, lorong Smart Lane diaktifkan pada musim perayaan ini.