awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LPF teliti filem 'Mentega Terbang' sebelum ambil tindakan - KDN

Bernama
Bernama
03/03/2023
12:22 MYT
LPF teliti filem 'Mentega Terbang' sebelum ambil tindakan - KDN
Menurut KDN berdasarkan semakan, filem berkenaan tiada dalam rekod penapisan LPF dan ditayangkan secara dalam talian (melalui platform Internet). - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lembaga Penapisan Filem (LPF) sedang meneliti semua aspek berkaitan filem 'Mentega Terbang' secara menyeluruh sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan LPF mengambil maklum akan isu yang berbangkit berhubung filem berkenaan yang telah mendapat perhatian masyarakat umum setelah ulasan awam bagi filem itu tular di media sosial.
Menurut KDN berdasarkan semakan, filem berkenaan tiada dalam rekod penapisan LPF dan ditayangkan secara dalam talian (melalui platform Internet).
"Oleh yang demikian, tayangan atau penstriman filem 'Mentega Terbang' ini adalah di luar bidang kuasa LPF.
"LPF bagaimanapun sentiasa peka dan komited dalam memastikan unsur negatif termasuk elemen yang bertentangan dengan akidah dalam filem dapat dicegah daripada disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan atau diedarkan secara konvensional kepada masyarakat umum di Malaysia," menurut kenyataan itu.
Berikutan itu, filem berkenaan tidak mempunyai kelulusan LPF untuk tujuan tayangan umum dan masyarakat awam yang mendapati filem itu ditayangkan secara konvensional boleh membuat aduan kepada Pejabat Penapisan Filem, KDN atau Sistem Pengurusan Aduan Awam KDN.
Filem Mentega Terbang yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital dibantah umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah.
Hari ini, Persatuan Seniman Malaysia membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung filem itu yang didakwa menghina Islam serta kandungan berbaur hasutan secara terbuka dalam beberapa babak filem berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Penapisan Filem
#mentega terbang
#KDN
#LPF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan