KOTA KINABALU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah bersetuju untuk menaikkan kadar tambang khas sebanyak 14.3 sen (RM0.143) setiap kilometer bagi tempoh bermula 29 April depan hingga 8 Mei 2022.
Pengerusinya, Datuk Chin Kim Hiung berkata, kenaikan ini adalah selaras keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan kenaikan kadar tambar 10 peratus daripada kadar tambang asal perkhidmatan bas ekspres.
"Mesyuarat Lembaga LPKP Sabah bersetuju untuk menaikkan kadar tambang khas sebanyak 14.3 sen (RM0.143) bagi setiap kilometer, sepanjang tempoh dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022 berbanding 13 sen bagi setiap kilometer sebelumnya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya mengambil maklum peningkatan jumlah pengguna menjelang musim perayaan Aidilfitri, susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh kerajaan.
Justeru, permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 akan dibuka bagi mana-mana syarikat pengendali Bas Ekpres yang layak untuk memohon bagi menampung keperluan ini.
"Tarikh permohonan LPS akan dibuka bermula 11 hingga 22 April 2022 dan borang boleh didapati di Ibu Pejabat LPKP Sabah, Kota Kinabau, LPKP cawangan Tawau dan LPKP cawangan Sandakan.
"Manakala, tempoh sah laku LPS yang telah diluluskan adalah dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022," katanya.
Chin turut menyeru kepada orang ramai untuk terus menjaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Apr 08 2022
Datuk Chin Kim Hiung berkata, kenaikan ini adalah selaras keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan kenaikan kadar tambar 10 peratus daripada kadar tambang asal perkhidmatan bas ekspres.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
LPKP Sabah setuju naik kadar tambang khas bas ekspres
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah bersetuju untuk menaikkan kadar tambang khas sebanyak 14.3 sen (RM0.143) setiap kilometer.