KUALA LUMPUR: Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) memandang serius isu penarikan balik kes melibatkan individu tertentu semasa perbicaraan sedang berlangsung.
Pengerusinya Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata beliau bersama enam lagi ahli lain telah mengadakan perbincangan dan sebulat suara menyatakan pendirian mereka berhubung perkara itu dan tidak bertolak ansur demi menjaga imej, kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Sehubungan itu, berkaitan penarikan balik kes terhadap bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Noor Ehsaruddin Mohd Harun Norrassid, kami telah mendapatkan pandangan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM.
"LPPR mengambil maklum bahawa penarikan balik kes berkenaan adalah berasas fakta baharu daripada siasatan lanjut setelah tertuduh mengemukakan representasi dan pernyataan pembelaannya di bawah Seksyen 62 Akta SPRM 2009 ketika perbicaraan," katanya dalam kenyataan semalam.
Pada 1 Sept lepas Noor Ehsanuddin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 29 pertuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan menarik balik kesemua pertuduhan itu.
Peguamnya Datuk Hasnal Rezua Merican dilaporkan berkata pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah berhubung penarikan balik kesemua 29 pertuduhan itu, semasa prosiding perbicaraan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 21 Mei lepas.
Mengulas lanjut, Abu Zahar berkata namun begitu pihaknya berpandangan terdapat elemen-elemen kekurangan dalam siasatan serta keputusan pendakwaan pada awal Februari 2019 oleh Peguam Negara serta pengurusan dan pentadbiran SPRM ketika itu dibuat tanpa pertimbangan yang menyeluruh.
Menurutnya oleh kerana sesuatu kes diambil tindakan ketika itu tidak telus serta tidak profesional dan lebih menjurus kepada kepentingan politik telah menyebabkan pengurusan SPRM yang ada sekarang terpaksa menanggung implikasinya.
Beliau dan kesemua ahli jawatankuasa LPPR SPRM tidak mahu SPRM dipolitikkan oleh mana-mana pihak serta tidak mahu segala kesilapan dan kelemahan yang berlaku dahulu terus berulang.
"Prinsip 'check and balance' (semak dan imbang) yang diamalkan sekarang hendaklah dilaksanakan dengan bijak, telus dan bertanggungjawab serta penuh integriti," tegasnya dalam kenyataan itu.
Beliau berkata pihaknya turut menggesa SPRM supaya mengkaji semula tindakan menarik balik kes-kes yang sedang dalam perbicaraan.
Ketika dihubungi Bernama, Abu Zahar berkata SPRM perlu melaksanakan tindakan sewajarnya jika diarahkan berbuat demikian oleh badan itu selain kes-kes tersebut perlu diurus dengan telus dan profesional demi menjaga integriti dan persepsi terhadap agensi itu.
"Saya tidak mahu persepsi seperti laporan terhadap kes Felda mengatakan dia dah bayar balik dah boleh lepas. Mana boleh macam itu...itu persepsi masyarakat di luar sekarang dan perlu dibetulkan," katanya.
LPPR merupakan satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM yang diwujudkan mengikut Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan ahli-ahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 08 2021
Abu Zahar berkata pihaknya turut menggesa SPRM supaya mengkaji semula tindakan menarik balik kes-kes yang sedang dalam perbicaraan. - Gambar fail Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Azam Baki ada kawalan penuh ke atas akaun dan aktiviti jual beli dagangan - SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkata, tindakan Azam tidak melanggar Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).
PM boleh nasihatkan Agong pecat Azam Baki
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa bertindak lebih proaktif dengan memulakan tindakan memecat atau merehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
'I have nothing to hide' - Abu Zahar sedia disiasat, serah kedudukan kepada Agong
Abu Zahar berkata, beliau kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan enam ahli LPPR, baru-baru ini.
Sidang akhbar Abu Zahar esok
Sidang akhbar Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang yang dijadualkan berlangsung pada Isnin ditangguhkan pada Selasa (esok).
Badan bebas, PDRM perlu siasat kontroversi Azam Baki - Majlis Presiden PH
PH mendesak supaya Azam serta Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang direhatkan.
Dakwaan terhadap Azam Baki: Pemilikan saham penjawat awam? Ini yang anda perlu tahu
Selain kenyataan Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Tan Sri Azam Baki, berikut antara fakta lain berkait pemerolehan, pindah milik dan urus niaga saham.
Putra pertikai sidang media bersih nama Azam Baki, mahu kerajaan tubuh jawatankuasa bebas
Jawatankuasa bebas ini perlu diberi hak untuk menyelongkar segala maklumat dengan semua pihak dan diberi masa tiga bulan untuk menyediakan laporan siasatan.
SPRM jawab isu Azam Baki Rabu ini
Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata beliau akan memperjelaskan ketidakwajaran yang didakwa berkaitan dengan Azam.
JKMR, LPPR desak siasatan terperinci dakwaan pegawai kanan SPRM terlibat seleweng RM25 juta
Pihak dalam dakwaan itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin agar keyakinan rakyat kepada SPRM kekal utuh.
LPPR amal prinsip semak dan imbang, telus banteras rasuah
SPRM ingin melihat perubahan terhadap suasana rasuah dalam negara dan menegaskan supaya pemimpin meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.