KUANTAN: Perkhidmatan bekalan air di kawasan Lanchang, Temerloh bertambah baik apabila Loji Rawatan Air Karak 2 (LRA Karak 2) yang baharu telah siap dibina dan mula beroperasi.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek dengan kos hampir RM38.5 juta termasuk pembinaan tangki perkhidmatan di Jambu Rias, Karak itu memberi manfaat bekalan air yang lebih stabil bukan sahaja di Karak malah dapat disalurkan ke beberapa kawasan lain di Lanchang sebagai bantuan liputan kawasan agihan.
Menurutnya, bekalan sedia ada untuk kawasan Lanchang daripada LRA Mempateh dan LRA Lubuk Kawah masih diteruskan.
"Melalui bantuan liputan agihan daripada LRA Karak 2, kawasan agihan terimaan di kawasan itu dapat dikecilkan.
"Justeru, kawasan-kawasan 'blackspot' yang sering mengalami gangguan bekalan air sebelum ini dapat dipulihkan dan mula menerima bekalan air yang lebih stabil serta bertekanan tinggi melalui inisiatif itu," katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.
Wan Rosdy berkata, antara kawasan yang menerima manfaat projek itu termasuk kawasan di antara Jambu Rias ke Kampung Kuala Kaung, kawasan sekitar Lanchang Estate dan kawasan sekitar.
"Permintaan bekalan air bagi kawasan Lanchang dan sekitar berjaya disalurkan dengan lebih stabil menerusi bantuan liputan agihan daripada LRA Karak 2 di samping bekalan sedia ada daripada LRA Lubuk Kawah dan LRA Mempateh," katanya.
Tambah beliau, usaha berterusan jangka panjang bagi meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air di kawasan Lanchang masih diteruskan menerusi beberapa projek yang masih diperingkat pelaksanaan.
"Antara projek menaik taraf pam air mentah LRA Lubuk Kawah dan kerja-kerja membaik pulih sistem agihan LRA Mempateh.
"Projek-projek itu bukti kesungguhan Kerajaan Negeri Pahang menerusi Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) dalam memastikan mutu perkhidmatan bekalan air terus ditingkatkan bukan sahaja bagi kawasan Lanchang, malah untuk seluruh negeri Pahang," ujarnya.
Beliau berkata, kerajaan negeri dan Paip akan terus melaksanakan segala projek dan inisiatif yang dirancang dalam Projek Pembangunan Bekalan Air Negeri Pahang Fasa 1.
"Saya berharap usaha itu dapat diteruskan dan lebih banyak projek pembangunan dapat disiapkan segera demi keselesaan, kesejahteraan dan kemakmuran bersama," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 30 2023
Wan Rosdy berkata, projek dengan kos hampir RM38.5 juta itu memberi manfaat bekalan air yang lebih stabil di Karak. - Gambar fail
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.
Jangan bagi alasan sudah biasa, penyakit bawaan air boleh bawa maut - Pakar
Kekerapan dilanda banjir membuatkan tahap kewaspadaan terhadap penyakit bawaan air semakin berkurangan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.
Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.
Belanjawan 2025: Terengganu tumpu naik taraf kemudahan pelancongan utama
Kerajaan Terengganu memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf kemudahan di destinasi pelancongan utama termasuk pulau-pulau peranginan.
AIR 2040 mampu pacu Malaysia sebagai hab utama sektor air - Fadillah
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) berpotensi memacu Malaysia sebagai hab utama sektor air bagi negara-negara serantau.