awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2025
06:15 MYT
LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Anwar berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Tapak Stesen LRT Bandar Sri Pinang pada Sabtu. - Bernama
GEORGE TOWN: Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong yang diambil alih bagi mendirikan depoh projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau meminta Ketua Menteri Chow Kon Yeow untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak terlibat bagi melakukan sedikit penyesuaian bagi menyelamatkan sebahagian tapak pesta yang terlibat dengan projek berkenaan.
"Dan juga yang dibangkitkan dalam tapak pesta, saya bincang dengan Ketua Menteri, kita mengambil kira pandangan ini dan sedang berbincang kalau boleh... kalau tidak sepenuhnya... menyelamatkan sebahagian daripada tapak pesta kerana bagi orang Pulau Pinang, orang Pulau Pinang ini menarik, mereka sentimental, sentimen dengan nasi kandar, sentimen dengan tapak pesta.
"Mereka nak LRT, mereka nak pembesaran lapangan terbang. Tapi dia nak kekal yang lama. Saya rasa orang Pulau Pinang juga kena rumuskan dengan baik. Membawa perubahan, maknanya sedikit penyesuaian juga harus dilakukan.
"Walau bagaimanapun kerana hal ini telah dibangkitkan oleh ramai, saya telah minta Ketua Menteri untuk berbincang bagaimana boleh kita boleh membuat sedikit penyesuaian sekiranya perlu untuk selamatkan kalau tak sepenuhnya sebahagian tapak pesta," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Tapak Stesen LRT Bandar Sri Pinang pada Sabtu.
Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Chow Kon Yeow
#kerajaan Persekutuan
#LRT Laluan Mutiara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan