awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT laluan Kelana Jaya alami gangguan teknikal, sedang dibaik pulih

Bernama
Bernama
10/09/2022
16:38 MYT
LRT laluan Kelana Jaya alami gangguan teknikal, sedang dibaik pulih
Sebuah tren transit aliran ringan (LRT) di laluan Kelana Jaya dilaporkan mengalami gangguan teknikal pada kira-kira 9 malam ini dan sedang dalam proses baik pulih. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebuah tren transit aliran ringan (LRT) di laluan Kelana Jaya dilaporkan mengalami gangguan teknikal pada kira-kira 9 malam ini dan sedang dalam proses baik pulih.
RapidKL di laman Twitter memaklumkan gangguan teknikal itu berlaku di Stesen KL Sentral menghala ke Putra Heights.
"Tren yang mengalami kerosakan sedang ditunda keluar ke depoh.
"Perkhidmatan tren beroperasi menggunakan satu trek sahaja buat masa ini di antara Stesen Pasar Seni dan Abdullah Hukum. Tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di stesen," menurut ciapan itu.
Sehubungan itu, RapidKL mengaktifkan tren pengantara di antara Stesen Bangsar ke Masjid Jamek serta Masjid Jamek ke KLCC.
Malam ini, tular sebuah video berdurasi 23 saat di media sosial menunjukkan sebuah tren mengalami kerosakan dan terkandas serta berasap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRT
#laluan Kelana Jaya
#gangguan teknikal
#Transit Aliran Ringan
#baik pulih
#RapidKL
#Stesen KL Sentral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan