awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi esok

Faida Rahim
Faida Rahim
13/11/2022
08:59 MYT
LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi esok
Ka Siong ketika meninjau dan menguji keberkesanan sistem dan keselamatan operasi LRT di laluan Kelana Jaya pada Ahad. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya akan mula beroperasi sepenuhnya bermula jam 6 pagi esok.
Perkhidmatan laluan dari arah Stesen LRT laluan Kelana Jaya ke Ampang Park itu akan beroperasi dua hari lebih awal daripada jangkaan, selepas perkhidmatan tren berkenaan mengalami gangguan sistem kawalan tren automatik (ATC) sejak Sabtu lalu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata selepas tinjauannya menyertai sesi ujian keberkesanan sistem dan keselamatan operasi LRT, sistem kritikal keselamatan adalah stabil tanpa gangguan.
"Saya baru menaiki tren LRT sebagai sebahagian daripada sesi ujian keberkesanan sistem dan keselamatan. Saya amat berpuas hati dengan analisis ke atas ujian meluas yang dijalankan.
"Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga mengesahkan kestabilan sistem kawalan tren automatik ATC dan mengisytiharkan bahawa perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya selamat untuk beroperasi sepenuhnya," katanya.
Tambahnya, pemantauan dari pakar teknikal Rapid Rail dan pihak OEM akan diteruskan bagi memastikan kelancaran sistem berterusan.
Ppemantauan dari pakar teknikal Rapid Rail dan pihak OEM akan diteruskan bagi memastikan kelancaran sistem berterusan. - Foto Sinar Harian
Pemantauan dari pakar teknikal Rapid Rail dan pihak OEM akan diteruskan bagi memastikan kelancaran sistem berterusan. - Foto Sinar Harian
Dalam pada itu beliau memaklumkan pampasan tiket selama 7 hari akan diberikan walaupun pemberhentian perkhidmatan adalah lima hari.
Menurutnya, pengguna yang terjejas, akan diberikan pampasan tiket selama tujuh hari walaupun pemberhentian perkhidmatan selama lima hari.
Topic Berkaitan
#lrt tergendala
#Wee Ka Siong
#LRT beroprasi semula
#LRT Laluan Kelana Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan