awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT tergendala: Audit teknikal pihak luar perlu dijalankan - Chean Chung

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
09/11/2022
09:45 MYT
LRT tergendala: Audit teknikal pihak luar perlu dijalankan - Chean Chung
Lee Chean Chung mendesak Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rel letak jawatan berikutan gangguan perkhidmatan LRT yang disifatkannya sebagai antara paling serius iaitu selama seminggu.
PETALING JAYA : Calon Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, Lee Chean Chung mendesak Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rel letak jawatan berikutan gangguan perkhidmatan LRT yang disifatkannya sebagai antara paling serius iaitu selama seminggu.
Beliau juga menggesa satu audit teknikal oleh pihak luar dijalankan untuk mengetahui punca siri gangguan atau kemalangan berkenaan.
Chean Chung yang juga Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, rakyat berasa hampa kerana segala usaha menyiasat dan mencari penyelesaian terlalu kerap menemui jalan buntu.
"PKR perlu membuktikan perubahan dasar dan insentif kepada ahli birokrat akan dapat mengubah keadaan sekarang. Masalahnya, adakah kerajaan peralihan UMNO/BN mempunyai keazaman politik, ataupun kekal mengelak?," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
BACA: Gangguan perkhidmatan LRT: Kegagalan komponen berlaku di luar jangkaan
BACA: Sistem LRT tergendala: Kerajaan Selangor sumbang 20 unit bas Smart Selangor - Amirudin
Chean Chung turut mempersoalkan mengapa kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan sebelum ini tidak dapat mencegah kerosakan yang serius pada ketika ini dan adakah Rapid Rel dan Prasarana gagal mengambil iktibar daripada tragedi sebelum ini.
Beliau juga mencadangkan denda dikenakan kepada Rapid Rel sekiranya didapati kesilapan berkenaan boleh dicegah.
"SMRT (operator MRT di Singapura) pernah didenda sebanyak RM17 juta pada tahun 2015 ekoran kecuaian kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan,"ujarnya.
Topic Berkaitan
#LRT
#Pakatan Harapan
#prasarana
#rosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan