awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTAM tawar laluan ke Pulau Pinang menerusi penerbangan Batik Air Jun ini

Bernama
Bernama
27/05/2022
13:12 MYT
LTAM tawar laluan ke Pulau Pinang menerusi penerbangan Batik Air Jun ini
Datuk Muhammad Jailani Khamis (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada aktivis kebudayaan dan kesenian Raymond Ng Liang Teck pada Majlis Revitalise dan Rejuvenate Melaka Bersama Penggiat Industri Pelancongan Negeri 2022 hari ini. - Foto BERNAMA
MELAKA: Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam di sini dijangka beroperasi semula selewat-lewatnya Jun ini, menawarkan penerbangan Melaka-Pulau Pinang-Melaka oleh syarikat penerbangan Batik Air, yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata sebagai permulaan, penerbangan dua hala ke destinasi itu akan ditawarkan dua kali seminggu dan kekerapannya akan ditambah mengikut keperluan atau sambutan pelancong.
"Perkara ini telah dipersetujui Batik Air menerusi siri perbincangan adakan sebelum ini. Peringkat awal, kita akan buka laluan Melaka-Pulau Pinang-Melaka, sebelum menambah laluan seterusnya iaitu penerbangan dua hala Melaka ke Indonesia menerusi Pekanbaru sebaik mendapat 'lampu hijau' daripada kerajaan Indonesia.
"Kita melihat pembukaan laluan udara menerusi LTAM sangat penting dalam usaha merancakkan semula industri pelancongan negeri, sekali gus memastikan sasaran menarik kehadiran 5.6 juta pelancong ke Melaka pada tahun ini dicapai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Revitalise and Rejuvenate Melaka 2022 Bersama Penggiat Industri Pelancongan Negeri di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Penjualan (Komersial) Batik Air Arasu Soundarajan, Ketua Komunikasi dan Promosi Batik Air (Asia Selatan) Suresh Vanan dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan negeri Sa'ari Basiron.
Muhammad Jailani berkata dengan pembukaan laluan udara berkenaan, kira-kira 30,000 pelancong dijangka menggunakan perkhidmatan penerbangan itu dalam tempoh enam bulan akan datang.
Sementara itu Arasu berkata laluan Melaka-Pulau Pinang-Melaka akan menggunakan pesawat ATR-72 yang boleh menampung 72 penumpang bagi setiap penerbangan.
Beliau berkata Batik Air juga bersedia membuka laluan Melaka-Pekanbaru-Melaka sebaik mendapat persetujuan daripada kerajaan Indonesia dan kaunter pembelian tiket untuk kedua-dua destinasi itu akan dibuat di LTAM bagi memudahkan pengguna.
"Sebelum ini, di bawah jenama Malindo Air kita telah beroperasi di LTAM untuk kedua-dua destinasi Pulau Pinang serta Pekanbaru, dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.
"Jadi, pihak Batik Air tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi membuka semula laluan berkenaan dan membantu merancakkan indsutri pelancongan di Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
#LTAM
#Batik Air
#penerbangan
#laluan
#pulau pinang
#Batu Berendam
#Malindo Air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan