Pengunjung Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) kini boleh menikmati kemudahan parkir secara percuma mulai pukul 12 tengah hari hingga 2 petang dan dari pukul 6 petang hingga 8 malam sepanjang minggu, bermula hari ini sehingga 31 Julai, 2020.
Pengendali LTAS, Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATSSB), menerusi kenyataan hari ini berkata tawaran tersebut adalah sebahagian usaha untuk menarik pengunjung tempatan serta membantu perniagaan peruncit dan pengendali makanan dan minuman yang menghadapi tempoh kelembapan sejak beberapa bulan lepas.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SATSSB, Kennedy Ayu berkata menerusi usaha itu, pihaknya berharap dapat menggalakkan lebih banyak permintaan terhadap perniagaan runcit serta makanan dan minuman di LTAS sementara jumlah penumpang mulai meningkat.
"Kami juga ingin menyakinkan pengunjung bahawa semua prosedur dan langkah pencegahan (COVID-19) telah dilaksanakan di samping mematuhi saranan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
"Ini termasuk mewajibkan semua pengunjung mendaftar bagi tujuan penjejakan kontak melalui imbasan kod QR, memakai penutup hidung dan mulut serta pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki lapangan terbang," katanya menerusi kenyataan yang sama.
Beliau berkata LTAS juga telah menandakan jarak bagi menggalakkan penjarakan sosial, selain menyediakan cecair pembasmi kuman, di samping meningkatan rutin pembersihan terutama di kawasan tumpuan ramai.
Menurut SATSSB pengunjung layak mendapatkan kemudahan parkir secara percuma itu menerusi sebarang pembelian tanpa nilai minimum dari mana-mana peruncit atau kedai makanan dan minuman di LTAS.
Pengunjung boleh mengesahkan tiket parkir dengan mengemukakan resit sebagai bukti pembelian di Kaunter Informasi LTAS, menurut syarikat itu.
LTAS kini menempatkan 24 jenama runcit serta 16 kedai makanan dan minuman cita rasa tempatan dan antarabangsa sekali gus memberikan pengalaman membeli-belah, makan dan minum yang selesa untuk para penumpang dan masyarakat setempat, kata SATSSB.
Lapangan terbang itu berfungsi sebagai pintu masuk bagi Iskandar Malaysia dan wilayah selatan malah kini menempatkan operasi lima syarikat penerbangan.
SATSSB merupakan ahli kumpulan MMC Corporation Bhd -- syarikat utiliti dan infrastruktur terkemuka yang menjalankan perniagaan dalam empat bahagian iaitu pelabuhan dan logistik; tenaga dan utiliti; kejuruteraan serta pembangunan industri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 25 2020
LTAS berfungsi sebagai pintu masuk bagi Iskandar Malaysia dan wilayah selatan malah kini menempatkan operasi lima syarikat penerbangan. - Gambar fail
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
LTAS tawar parkir percuma sehingga 31 Julai
Percuma mulai pukul 12 tengah hari hingga 2 petang dan dari pukul 6 petang hingga 8 malam sepanjang minggu, sehingga 31 Julai 2020.