IPOH: Pelumba Republik Czech Daniel Babor dari pasukan Caja Rural-Seguros RGA mengungguli perlumbaan peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Bukit Mertajam ke Meru Raya, di sini hari ini.
Pelumba berusia 23 tahun itu melakar kemenangan dalam penampilan sulungnya di pentas LTdL, mengatasi sembilan lagi pelumba dalam pecutan akhir kelompok hadapan pada perlumbaan meliputi jarak 140.2 kilometer (km).
"Sepertinya kami mempunyai perancangan sangat baik hari ini dan kami melakukannya dengan 100 peratus, jadi ia bagi saya ia tidak begitu di luar jangkaan kerana saya mempunyai rakan yang bagus. Saya tahu keadaan saya yang kurang baik tapi saya mempunyai standard. Kita telah lakukan kerja berpasukan dengan baik hari ini.
"Ia sesuatu yang hebat kerana saya agak bergelut tahun ini tapi pada akhir musim, saya berlumba dengan baik dan keputusan ini amat bermakna buat saya dan pasukan," katanya.
Pelumba pasukan Bolton Equities Black Spoke, George Jackson dari New Zealand menduduki tempat kedua, manakala Sasha Weemaes dari Belgium (Human Powered Health), di tempat ketiga.
Komisar perlumbaan memberikan 10 pelumba terbaik catatan yang sama - masa 3 jam 06 minit 05 saat, selepas kesemua mereka menamatkan pelumbaan secara kelompok.
Perlumbaan hari ini menyaksikan tiada perubahan membabitkan tiga jersi utama, apabila Jackson kekal menyarung Jersi Hijau (Pendahulu Keseluruhan), Arvid de Kleijn serta Simon Pellaud dari pasukan Tudor Pro Cycling Team masing-masing dengan Jersi Jingga (Raja Pecut) dan Jersi Polka Dot (Raja Bukit).
Sementara itu, Jersi Putih (Terbaik Asia) bertukar tangan menjadi milik pelumba Thailand Continental Cycling Team Ratchanon Yaowarat (16:01.16s), diikuti rakan sepasukan Thanakhan Chaiyasombat (16:01.20s) dan pelumba pasukan kebangsaan Muhammad Nur Aiman Rosli di kedudukan ketiga (16:01.20s).
"Esok hari penting, Queen Stage. Jadi kalau kami 'pulun' hari ini, esok tak ada 'kaki' dan ia menyukarkan kami. Jadi kami simpan (tenaga) untuk peringkat esok.
"Kami tak guna habis (tenaga). Memang simpan untuk esok kerana esok hari lebih penting," menurut Nur Aiman yang berjaya menyarung Jersi Putih pada peringkat ketiga.
Peringkat kelima esok dikenali sebagai Peringkat Queen sejauh 126.4km dari Slim River ke Genting Highlands, mempunyai dua zon pecutan di Tanjung Malim dan Gombak, selain tiga zon pendakian di Rawang Bypass, Bentong, dan juga Genting Highlands yang merupakan zon pendakian Kelas Hors.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Babor (tengah) menjuarai peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2023 dari Bukit Mertajam ke Meru Raya sejauh 140.2 kilometer hari ini. - Foto Bernama
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
[TERKINI] Polis perlu lebih masa siasat 5 ahli keluarga penyerang balai polis
PDRM memerlukan lebih masa untuk menyiasat dengan teliti lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Faisal Halim kini ditempatkan di lokasi rahsia
Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim kini diletakkan di satu lokasi rahsia bagi menjalani proses pemulihan sepenuhnya.
LTDL 2023: Babor menang peringkat keempat pada penampilan sulung
Pelumba Republik Czech Daniel Babor dari pasukan Caja Rural-Seguros RGA mengungguli perlumbaan peringkat keempat LTdL 2023.