awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 80 ladang babi di Tanjong Sepat telah ditutup setakat ini - Exco
Sempadan Rafah di Gaza akan dibuka semula selepas dua tahun ditutup
JPJ Terengganu keluar 2,351 saman dalam Op Khas Motosikal sepanjang Januari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTTE: Dakwaan tahanan diberi layanan buruk tidak benar - Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2019
05:07 MYT
LTTE: Dakwaan tahanan diberi layanan buruk tidak benar - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin semakan telahpun dibuat pihaknya bersama Ketua Polis Negara dan pegawai yang terlibat berkenaan dakwaan itu. - Gambar fail/PDRM
Dakwaan bahawa tahanan yang dikaitkan dengan aktiviti kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) menerima layanan buruk, diseksa dan diugut sewaktu penahanan mereka, adalah tidak benar.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakan itu telahpun dibuat pihaknya bersama Ketua Polis Negara dan pegawai yang terlibat berkenaan dakwaan itu.
“Saya semak dengan Ketua Polis Negara dengan pihak pegawai terlibat, mereka menyatakan itu tidak benar kerana bila mereka dibawa keluar dengan peguam mereka berhadapan hakim dalam kamar, berbincang, tiada yang buat aduan mengatakan mereka dipukul atau sebenarnya,” katanya dalam sidang media selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan, di sini tengah hari tadi.
Terdahulu NGO Hak Asasi Manusia (SUARAM) dilaporkan berkata, Tan Sri Muhyiddin perlu meletakkan jawatan sekiranya tidak mampu menyelesaikan isu penderaan tahanan.
Pengarah Eksekutif SUARAM, Sevan Doraisamy merujuk dakwaan ahli keluarga tahanan SOSMA hari ini yang mendakwa mereka diseksa dan dipaksa membuat pengakuan.
Bagaimanapun menurut Tan Sri Muhyiddin, pihaknya akan menyiasat dakwaan itu dan tidak mengabaikan sebarang bentuk laporan berhubung isu berkenaan.
Topic Berkaitan
#Harimau Pembebasan Tamil Eelam
#Ketua Polis Negara
#LTTE
#Muhyiddin Yassin
#pengganas
#pilihan raya
#SOSMA
#SUARAM
#tahanan diseksa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan