Skip to main content

Malaysia

Lukisan anak istimewa jadi kenangan bermakna buat Perdana Menteri

Masih saya ingat, lukisan ini diserahkan oleh seorang anak istimewa sambil didukung ayahnya, ketika program Temu Anwar di Negeri Sembilan baru-baru ini._FB Anwar Ibrahim
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata beliau masih mengingati saat lukisan berkenaan diserahkan kanak-kanak berkenaan yang didukung bapanya ketika program itu. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan terhadap pemberian sebuah lukisan daripada seorang anak istimewa ketika program Temu Anwar di Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata beliau masih mengingati saat lukisan berkenaan diserahkan kanak-kanak berkenaan yang didukung bapanya ketika program itu.

"Terima kasih atas pemberian yang cukup bermakna ini. Saya hargai dengan penuh kasih," katanya.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik Anwar, lukisan itu menampilkan watak robot lengkap dengan perisai berwarna merah dan biru serta objek berbentuk tongkat yang dipegang pada tangan kirinya.

Temu Anwar merupakan platform dialog antara Perdana Menteri dan anak muda serta masyarakat pelbagai lapisan secara langsung.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement