KUALA LUMPUR:Apabila disebut nama-nama seperti Snow White, Ariel, Cinderella, Anna, Elsa, Rapunzel, Moana, Pocahontas dan Mulan, pasti ramai yang dapat membayangkan kecantikan watak puteri dalam filem serta siri animasi Disney.
Setiap karakter mempunyai penampilan, personaliti dan kostum tersendiri termasuk bergaun kembang sehingga menjadi ikutan dan kegilaan terutama dalam kalangan kanak-kanak perempuan.
Namun, bagaimana pula jika 'puteri-puteri barat' ini digayakan dengan busana tradisional, tentu tampak lebih ayu dan menawan sesuai dengan ciri-ciri ketimuran.
Hal itu direalisasikan oleh pelukis tempatan, Farah Lina Mohamad Noor Daim, 35, apabila menghasilkan 17 lukisan watak puteri dalam animasi Disney dengan mengenakan busana mengikut negeri dan etnik di Malaysia selain Brunei serta Singapura.
"Sejak kecil, saya minat dengan watak puteri dalam animasi Disney.
"Saya juga gemar dengan pakaian tradisional Melayu kerana ia kaya dengan budaya dan ada kelasnya tersendiri.
"Jadi, saya gabungkan kedua-dua minat saya ini menjadi satu hasil seni," katanya kepada Bernama.
Usaha lulusan Multimedia dari Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) ini ternyata berbaloi apabila hasil kreativitinya itu mendapat perhatian orang ramai sehingga menjadi tular selepas berkongsi di laman Facebook rasminya, Art of FarahDaim sejak Selasa lepas.
Katanya, biarpun telah diberi 'wajah baharu', penting untuk orang ramai terus mengenali puteri Disney berikutan ia adalah titik penentu yang menjadi ukuran kejayaan kepada lukisannya itu.
"Saya mengambil masa dua bulan untuk membuat sketsa bagi mendapatkan gambaran yang tepat untuk setiap puteri dengan mencari persamaan antara puteri Disney dan busana tradisional bagi setiap negeri.
"Namun sentuhan Disney tetap dikekalkan, sebab itu gaya dan gaun setiap puteri adalah daripada busana Nusantara manakala warna dan coraknya pula daripada warna asal watak puteri dalam animasi Disney, macam mix and match," katanya yang minat melukis sejak berumur 10 tahun.
Bagaimanapun jelasnya, setiap puteri yang dilukisnya itu bukanlah mewakili mana-mana negeri atau negara ini, namun tidak lebih seperti pelancong yang memakai pakaian tradisional.
Beliau juga berharap lukisan yang disiapkan dalam tempoh tiga bulan itu, dapat menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda untuk terus menghasilkan karya dengan membawa tema budaya tempatan.
"Kita bertuah menjadi rakyat Malaysia yang berbilang budaya dan kaya dengan pelbagai sejarah serta cerita rakyat.
"Jadi, ambil peluang itu untuk pelajari dan terokainya," katanya yang berhasrat menghasilkan lukisan watak putera dalam animasi Disney bertanjak suatu hari nanti.
Buat masa ini, anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini terlibat dalam program MDEC Motion Comic Contest yang bertajuk Kepang selain terbabit dalam menghasilkan majalah indie komik, Echozine di bawah kelab Kami Pelukis Komik serta membuat buku ilustrasi kanak-kanak, Let's Play It Again.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 13 2021
Farah menghasilkan 17 lukisan watak puteri Disney mengenakan busana mengikut negeri dan etnik di Malaysia selain Brunei serta Singapura. -Gambar/ Facebook@Art of FarahDaim
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
United Kingdom umum tempoh berkabung lapan hari
Tugas-tugas Istana Buckingham tidak akan dijalankan, manakala undang-undang tidak akan mendapat kelulusan Ratu Elizabeth II.
PAU2020: Tugasan buat Puteri UMNO, gariskan 7 'ya' dan 7 'tidak' terhadap parti - Zahida Zarik
Zahida Zarik berkata, perkara itu perlu dilakukan ketika menyantuni rakyat di setiap cawangan dan perlu dihantar setiap minggu.
PAU2020: Puteri, Pemuda UMNO perlu diberi ruang sebagai calon baharu dalam PRU15
Ujar Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, generasi muda mempunyai kemampuan dalam mengemudikan parti keramat memenangi PRU15.
PAU2020: Perbahasan tiga sayap UMNO dilakukan secara tertutup
Perbahasan peringkat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dibuat secara tertutup tanpa akses kepada agensi media selain media rasmi UMNO.
PAU2020: Tok Mat mahu UMNO jadi juara macam Liverpool, Najib tak setuju
Najib berkata, beliau tak sanggup tunggu 30 tahun untuk saksikan UMNO berkuasa semula dan lepas itu berkeliaran di mid-table EPL.
PAU2020: Menumpang biarlah pada yang kuat, bukan yang membawa rebah - Zahida
Pergerakan Puteri UMNO mendesak parti itu segera mengkaji semula keputusan sama ada untuk bersama atau tidak lagi dengan kerajaan.
PAU2020: Negara lebih perlukan larangan rentas parti, berbanding rentas negeri - Mohamad
Tegas Mohamad, UMNO menolak aktiviti kotor melelong dan mengugut ahli Parlimen oleh pihak tertentu demi mendapatkan kuasa politik.
PAU2020: UMNO bukan parti terdesak - Tok Mat
Mohamad menjelaskan, semua itu masih kekal sebagai satu kemungkinan dan ia harus melihat kepada keperluan dan keadaan semasa.
PAU2020: Bersatu usah berbicara perpaduan ummah dengan UMNO - Tok Mat
Tegas Timbalan Presiden UMNO itu, pemimpin parti serpihan yang "baru berusia setahun jagung" itu tidak ada sebarang rekod menyatupadukan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, berbanding UMNO.
Desas-desus dua ahli MKT dipecat, Annuar Musa anggap ia tindakan kurang bijak
Sebarang pemecatan seseorang individu daripada menganggotai Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO perlu melalui sidang itu sendiri, tegas bekas Setiausaha Agung parti, Tan Sri Annuar Musa.