KOTA KINABALU: Merangka draf perjanjian baharu bagi menggantikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukanlah suatu langkah tepat terutama untuk Sabah dan Sarawak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau berkata ini kerana MA63 adalah amat penting bagi Sabah dan Sarawak kerana tanpa dokumen itu tiada rujukan dan asas untuk membincangkan isu yang akan dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua negeri berkenaan.
Katanya semua pihak perlu memahami bahawa MA63 dan Akta Malaysia juga dibentangkan di peringkat Parlimen serta Dewan Undangan Negeri di Sabah dan Sarawak.
"Sudah tentu kita perlu membuat perjanjian baharu dengan Putrajaya tetapi ia mestilah berdasarkan MA63, katakan jika anda tidak berpuas hati dengan Perlembagaan Persekutuan, apa dokumen rujukan yang boleh digunakan untuk membahaskannya," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Ongkili berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Jumaat yang menggesa pemimpin Sabah dan Sarawak berhenti membangkitkan MA63 sebaliknya merangka perjanjian baharu dengan Putrajaya yang akan menguntungkan kedua-dua negeri itu.
"Di peringkat Persekutuan mesti mempunyai sebuah perjanjian sebagai titik rujukan asas, oleh itu dalam hal ini jika tidak ada MA63 maka tiadalah titik rujukan asas," kata presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 18 2021
Ongkili berkata, semua pihak perlu memahami bahawa MA63 dan Akta Malaysia juga dibentangkan di peringkat Parlimen serta Dewan Undangan Negeri di Sabah dan Sarawak.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Lupakan MA63, rangka perjanjian baharu bukan langkah tepat - Ongkili
Ia penting kerana, tanpa MA63, tiada rujukan dan asas untuk membincangkan isu yang akan dapat memberi manfaat kepada Sabah dan Sarawak.