awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lurang kumbahan lokasi hingga lurang kumbahan hilir dipecahkan hingga 69 meter - DBKL

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
26/08/2024
04:30 MYT
Lurang kumbahan lokasi hingga lurang kumbahan hilir dipecahkan hingga 69 meter - DBKL
Indah Water Konsortium (IWK) membuat pemecahan serpihan menggunakan 'jetter' di laluan lurang kumbahan lokasi kejadian ke lurang kumbahan hilir dengan jarak 69 meter. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan pemeriksaan di Loji Pantai Dalam bagi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga asing yang hilang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India, ibu negara, sejak Jumaat lalu.
Sementara Indah Water Konsortium (IWK) membuat pemecahan serpihan menggunakan 'jetter' di laluan lurang kumbahan lokasi kejadian ke lurang kumbahan hilir dengan jarak 69 meter.
Menurut Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pasukan SAR tetap komited meneruskan pencarian wanita berkenaan yang memasuki hari keempat itu.
"Untuk rekod, pihak IWK telah melaksanakan 'flushing' di lurang kumbahan mulai lewat malam tadi sehingga jam 2 pagi, pada Isnin, namun belum menemui sebarang petunjuk.
"Bagi memastikan kelancaran kerja-kerja pencarian dilakukan oleh pasukan SAR, adalah dipohon kepada orang awam memberikan kerjasama dengan tidak berada berhampiran lokasi insiden," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Dalam kejadian jam 8.25 pagi Jumaat, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dikenali Vijayaletchumy dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#tanah jerlus
#Masjid India
#Indah Water Konsortium
#lurang kumbahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan