KUALA LUMPUR: Luruan monsun dijangka berlaku sehingga Isnin ini, yang berpotensi membawa hujan berterusan di timur Semenanjung, angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan, berdasarkan analisis model-model cuaca.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam laporan harian bencana hari ini memaklumkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di negeri-negeri lain.
"Pada masa yang sama, penumpuan angin juga dijangka berlaku di Sabah sehingga 21 Dis 2023 yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang.
"Tiada amaran banjir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) buat masa ini, namun terdapat satu sungai, iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan yang masih mencatatkan kenaikan air aras bahaya," menurut laporan itu.
Setakat 12 tengah hari ini, sebanyak empat daerah iaitu Pasir Mas, Kelantan; Hilir Perak, Perak; Kuala Selangor, Selangor dan Sandakan, Sabah sedang dilanda banjir dengan mangsa berkurangan kepada 3,268 dalam tempoh 24 jam, berbanding 4,336 mangsa semalam.
Ia melibatkan 1,007 keluarga yang ditempatkan di 13 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) manakala tiga daerah yang paling teruk terjejas ialah Pasir Mas (3,162 mangsa), Hilir Perak (64 mangsa) dan Selangor (25 mangsa).
Menurut laporan itu, hanya satu kematian akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL) direkodkan melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berlaku di Kota Bharu pada 26 Nov.
"Berdasarkan rekod kawasan hotspot dan cerun kritikal Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), tiada kawasan yang berisiko mengalami tanah runtuh di daerah yang sedang dilanda banjir.
"Terdapat tujuh kejadian tanah runtuh di seluruh Malaysia direkodkan sehingga 17 Dis 2023, iaitu empat di Pahang, dua di Selangor dan satu di Sarawak," katanya.
Bagi memastikan keselesaan dan kebajikan mangsa banjir, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersedia untuk mengaktifkan 8,481 PPS yang mempunyai kapasiti untuk menempatkan 1,620,855 mangsa di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di negeri-negeri lain. - Gambar hiasan
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
AWANI Ringkas: Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
[TERKINI] Serangan Ulu Tiram: Lima anggota keluarga suspek ditahan
Sebelum berakhir, ini lagi laporan yang baru kami terima berhubung serangan Ulu Tiram.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Penganggur didakwa edar heroin 9.2 kilogram
Seorang lelaki, A. Nathan, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
[TERKINI] KDNK berkembang 4.2% pada suku pertama 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, prestasi ini didorong oleh aktiviti permintaan domestik yang menggalakkan dan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
Google Photos kelak boleh sembunyi meme, gif
Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas.
Luruan monsun dijangka sehingga Isnin, hujan berterusan di timur Semenanjung
Ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam di negeri-negeri lain.
Luruan monsun dijangka berterusan hingga 24 Dis
Luruan monsun dijangka berlarutan hingga 24 Dis dan berpotensi membawa angin kencang, ombak besar serta hujan berterusan di negeri-negeri utara, timur Semenanjung dan timur Sabah.
Luruan monsun melemah, cuaca semakin baik dari 1 hingga 7 Mac - MetMalaysia
Luruan monsun yang melanda negara telah pun melemah dan keadaan cuaca dijangka bertambah baik dari 1 hingga 7 Mac ini.
Luruan monsun dijangka berakhir, cuaca Semenanjung bertambah baik pada Rabu
MetMalaysia dalam satu kenyataan di Twitter pada Isnin memaklumkan, cuaca di Semenanjung dijangka bertambah baik bermula Rabu ini.
Luruan monsun: Tangguh aktiviti riadah luar, pendakian - Bomba Sabah
Luruan monsun yang membawa angin sejuk dari Siberia dijangka mengakibatkan hujan berterusan.