awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luxon diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana

Bernama
Bernama
02/09/2024
03:10 MYT
Luxon diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana
Perdana Menteri Anwar (kanan) berjabat tangan dengan Luxon sebaik rakan sejawatannya dari New Zealand itu tiba di di Dataran Perdana, Putrajaya, hari ini, untuk lawatan rasmi tiga hari di Malaysia. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana, di sini, hari ini.
Luxon, yang tiba di Malaysia semalam untuk kunjungan pertama kali beliau ke negara ini sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November lepas, disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus tiba pada 9.30 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Luxon kemudian memeriksa kawalan kehormatan utama terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Khairul Fakhzan Zainol Abidin.
Turut hadir pada majlis tersebut kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, menteri Kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.
Luxon dan Anwar kemudiannya mengadakan pertemuan dua hala untuk membincangkan hal berkaitan hubungan antara Malaysia dan New Zealand serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu berkaitan hubungan dan kerjasama dua hala di bawah Perkongsian Strategik Malaysia-New Zealand yang dimeterai pada 2023, merangkumi empat tonggak Kemakmuran, Rakyat, Planet, serta Keamanan dan Keselamatan.
Usai mengadakan pertemuan dua hala, kedua-dua pemimpin dijangka mengadakan sidang media bersama dan satu kenyataan bersama akan dikeluarkan selepas itu.
Wisma Putra memaklumkan Anwar seterusnya akan meraikan Luxon dan delegasinya pada majlis makan tengah hari di Kompleks Seri Perdana, hari ini.
Pada 2023, New Zealand merupakan rakan dagangan ke-28 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-22 dan sumber import ke-27 terbesar dalam kalangan negara di rantau Oceania.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan New Zealand adalah sebanyak RM11.56 bilion (US$2.54 bilion). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM New Zealand
#Christopher Luxon
#PM Anwar Ibrahim
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan