KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata parti politik blok pembangkang di Dewan Rakyat secara prinsip bersetuju dengan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan agar selaras dengan peruntukan yang relevan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Beliau berkata beberapa perjumpaan bersama parti politik dari blok pembangkang telah diadakan sebelum ini dan mereka menyatakan sokongan kepada cadangan pindaan itu.
"Saya sudah mengadakan perjumpaan dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) untuk mendapatkan sokongan selain mengadakan perjumpaan berasingan masing-masing bersama Warisan dan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini," katanya pada program ramah mesra bersama pengamal media Sarawak di sini, pada Jumaat.
Katanya beliau juga telah berbincang dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengenainya, dan bercadang membawa pindaan itu untuk bacaan kali pertama pada 25 Okt , bacaan kali kedua pada 28 Okt, dan memuktamadkan ia pada hari berkenaan.
Sementara itu merujuk kepada permintaan Sarawak mengenai pindaan definisi "peribumi" (native) di bawah Artikel 161A Perlembagaan Persekutuan, Wan Junaidi berkata menerusi pindaan itu nanti, Sarawak akan mempunyai kuasa mengiktiraf siapa kaum asal negeri.
"Oleh kerana lebih 30 peratus rakyat Sarawak berkahwin campur seperti Melayu kahwin Cina, Bidayuh kahwin Cina dan Iban kahwin 'orang putih'...jika ikut Pelembangaan Persekutuan, anak mereka bukan lagi bergelar Bumiputera.
"Justeru, kita mahu pindaan dibuat supaya perkahwinan orang Sarawak dengan bukan Bumiputera, apabila mempunyai anak kelak, mereka akan tetap bergelar Bumiputera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 15 2021
Merujuk kepada permintaan Sarawak mengenai pindaan definisi "peribumi" di bawah Artikel 161A Perlembagaan Persekutuan, Wan Junaidi berkata menerusi pindaan itu nanti, Sarawak akan mempunyai kuasa mengiktiraf siapa kaum asal negeri. - Gambar fail
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
MA63: Perbincangan positif kerajaan Persekutuan-Sarawak isu pendidikan, kesihatan
Kerajaan Persekutuan memberi kerjasama erat kepada kerajaan Sarawak dan Sabah bagi mempertingkatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan di dua negeri berkenaan.
Tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: AGC teliti aspek perundangan
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti dari sudut perundangan mengenai pelaksanaan pertambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.
Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah
Pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
MA63: Tuntutan berkaitan isu pendidikan Sabah masih dibincang - TPM Fadillah
Ia masih dalam perbincangan walaupun telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan Negeri Sabah No.1/2024 yang diadakan pada 26 Ogos lepas.
Akta Laut Wilayah dan pelantar benua Sabah kekal perkara tidak boleh dirunding
Sabah tegas untuk menolak sebarang bentuk rundingan berkaitan Akta Laut Wilayah 2012 (TSA 2012) dan pelantar benua.
MA63: Penyelesaian 11 tuntutan satu titik manis dalam sejarah Malaysia - Penganalisis
Ia pastinya menjadi nadi penilaian masyarakat Borneo khususnya di Sarawak, untuk bersandar harapan dan keyakinan kepada Kerajaan MADANI.
Tambahan peruntukan interim dijangka rancak pembangunan di Sabah, Sarawak
Perlu ada satu mekanisme khusus termasuk pemantauan dan kaedah pemberian dalam memastikan penyaluran dana ke Sabah dan Sarawak tidak disalahgunakan.
MA63: Sebanyak 11 tuntutan berjaya diselesaikan - TPM
Sebanyak 11 tuntutan di bawah platform rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya diselesaikan.
Sabah alu-alukan kenaikan peruntukan khas interim sementara tunggu tuntutan 40 peratus
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik kenaikan peruntukan khas interim kepada RM600 juta untuk tahun depan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Anwar dijadual tiba di SICC petang ini, pengerusikan Mesyuarat MTPMA63
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah jam 2.30 petang ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.