Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing mempertikaikan cadangan kerajaan Pakatan Harapan untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti yang diumumkan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kota Kinabalu malam tadi.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata MA63 merupakan perjanjian yang diperakukan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia.
“Justeru, biarlah tiga penandatangan terlibat melakukan audit, sama ada terdapat pelanggaran terhadap pemahaman MA63.
“Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran maka ketiga-tiga penandatangan akan memutuskan sama ada ia cukup serius untuk membatalkan perjanjian itu," katanya.
Tegas beliau, kajian semula yang diumumkan Dr Mahathir hanyalah ‘umpan’ untuk menangguhkan proses pelaksanaan perjanjian.
“Selama 55 tahun 'ditutup mata' adalah lebih daripada cukup! Sabah dan Sarawak tidak boleh ditipu lagi," ujarnya.
Katanya, Sabah dan Sarawak kini boleh memulakan kerja-kerja pengauditan perjanjian tersebut, kerana dua daripada tiga penandatangan bermakna sudah cukup kuorum.
“Putrajaya atau Kuala Lumpur boleh menyertai kemudian,” jelasnya lagi.
BACA: Sabah, Sarawak diangkat kembali jadi 'rakan sekutu' dalam Malaysia
Dr Mahathir dalam ucapannya malam tadi memaklumkan Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak, setelah kajian Perjanjian Malaysia 1963 disiapkan.
Rohana Wahed
Mon Sep 17 2018
Dr James berkata, berkata MA63 merupakan perjanjian yang diperakukan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tidak bertanding jawatan Presiden PRS, tindakan Sikie persis negarawan - Salang
Datuk Joseph Salang Gandum menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk John Sikie Tayai kerana membuat keputusan tidak bertanding dalam pemilihan Presiden parti kali ini.
PRN Sarawak: DUN Baleh kekal milik GPS
Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nicholas Kudi Jantai, berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.
PRN Sarawak: Pertandingan empat penjuru rebut kerusi DUN Baleh
Kerusi DUN Baleh sebelum ini disandang oleh mendiang Masing selama lapan penggal bermula pada 1983.
PRN Sarawak: "Kalau jadi calon DUN Baleh, saya akan teruskan legasi Masing" - Ugak Kumbong
Datuk Wilson Ugak Kumbong sangat memahami aspirasi dan perjuangan mendiang James Jemut Masing dalam khidmat bakti kepada masyarakat.
PRN Sarawak: Warga Baleh mahukan ADUN cemerlang seperti mendiang Masing
Pemergian mendiang Tan Sri James Jemut Masing merupakan satu kehilangan besar buat komuniti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.
[LAPOR LANGSUNG] Penghormatan terakhir buat James Jemut Masing
Majlis penghormatan akhir itu akan diadakan di Persatuan Gereja Sarawak di Jalan Laksamana, Kuching.
Mengenang Masing: Upacara penghormatan terakhir sehingga 2 petang hari ini
Selain dif-dif kenamaan dan ketua-ketua jabatan, orang awam juga turut berpeluang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.
Mengenang Masing: Ketua Menteri, rakan kabinet beri penghormatan terakhir
Mereka akan memberi penghormatan terakhir mulai 8.30 hingga 9 pagi diikuti dif-dif kenamaan dan ketua-ketua jabatan sehingga 10.30 pagi.
Taib Mahmud, Raghad beri penghormatan terakhir kepada Masing
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib tiba di kediaman mendiang Tan Sri James Jemut Masing bagi memberi penghormatan terakhir.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Masing
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing.