IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membenarkan maahad tahfiz di negeri ini kembali beroperasi mulai 1 Mac ini.
Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, keputusan itu dibuat setelah baginda menerima sembah nasihat daripada Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Perak.
Ujarnya, bilangan maksimum pelajar yang dibenarkan terhad kepada kapasiti ruang asrama dan sekolah dengan mematuhi jarak fizikal yang diwajibkan.
"Ia tertakluk kepada kelulusan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan berpandukan nasihat Jabatan Kesihatan dan MKN Perak.
"Ruang belajar, ruang hafalan, ruang solat dan ruang asrama wajib mematuhi jarak fizikal. Pelajar hanya dibenarkan mengguna bahagian bawah katil dua tingkat dalam asrama yang menyediakan katil dua tingkat.
"Ibu bapa atau penjaga dibenarkan menghantar pelajar sehingga ke pintu pagar sahaja.
"Untuk meminimumkan pendedahan dan risiko, ibu bapa atau penjaga buat sementara waktu tidak dibenarkan mengadakan sebarang lawatan menziarahi pelajar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kebenaran membolehkan ibu bapa atau penjaga menziarahi pelajar akan dimaklumkan apabila pihak berkuasa berkaitan berpuas hati penularan wabak berjaya dikawal dan angka jangkitan harian menurun.
"Untuk memastikan jarak fizikal dipatuhi dan meminimumkan berlakunya perkumpulan yang ramai pada sesuatu masa, pengurusan maahad tahfiz perlu menjadualkan waktu pendaftaran pelajar dalam tempoh masa yang lebih panjang.
"Dan ibu-bapa atau penjaga dijemput hadir mengikut jadual secara berperingkat," ujarnya.
Katanya lagi, makanan berkumpulan menggunakan talam tidak dibenarkan dan setiap pelajar wajib menggunakan peralatan makanan sendiri yang tidak dikongsi dengan pelajar lain.
Tambahnya, pengurusan maahad tahfiz wajib melakukan sanitasi premis sekolah dan asrama secara keseluruhan yang memenuhi piawaian yang disahkan oleh Jabatan Kesihatan atau pihak berkuasa berkaitan sebelum menerima pelajar melaporkan diri.
"Pembekal barang kantin dan asrama, begitu juga pembekal peralatan, tidak dibenarkan masuk ke kawasan maahad tahfiz.
"Kawalan dan pemantauan kesihatan yang tegas hendaklah dipatuhi oleh guru dan staf yang keluar masuk kawasan maahad tahfiz.
"Semua petugas di maahad tahfiz hendaklah dihadkan kepada warganegara dan penduduk tetap Malaysia.
"Pengurusan tahfiz hendaklah memeriksa dan memastikan para petugas tinggal dalam rumah dan persekitaran yang tidak menimbulkan keraguan daripada segi piawaian kesihatan," ujar Mohd Annuar.
Tambahnya, JAIPk dengan nasihat serta kerjasama Jabatan Kesihatan akan memperkenalkan mekanisme kawalan dan pemantauan untuk meminimumkan risiko jangkitan dalam kalangan warga maahad tahfiz.
"Sultan menegaskan, Jabatan Agama Islam Perak tidak sama sekali berkompromi dalam menentukan pematuhan piawaian keselamatan kesihatan dalam kalangan warga maahad tahfiz.
"Para pelajar terutamanya, hendaklah pada setiap masa diberikan perlindungan maksimum dan jangan sama sekali didedahkan kepada risiko keselamatan kesihatan," katanya.
Mohd Annuar berkata, Pengarah JAIPk diberikan kuasa budi bicara boleh mengarahkan penutupan mana-mana maahad tahfiz yang gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan.
Aida Aziz
Mon Feb 22 2021

Untuk meminimumkan pendedahan dan risiko, ibu bapa atau penjaga buat sementara waktu, tidak dibenarkan mengadakan sebarang lawatan menziarahi pelajar. - Gambar hiasan

Vaksin COVID-19: Kumpulan kedua libatkan lebih 1,000 atlet, pegawai - Reezal Merican
Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang terlibat dalam pertandingan sukan seperti Liga Bola Sepak Malaysia, Liga Joki Malaysia dan kejohanan utama di luar negara.

Politik | Tiada parti boleh bentuk kerajaan majoriti
Semua parti politik perlu sedar tiada sesiapa boleh membentuk kerajaan secara majoriti dan pentadbiran sendiri, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

SRC International: Hakim bagaikan 'terdorong' putus Najib bersalah - Peguam
Mahkamah Rayuan pada Selasa diberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagaikan terdorong untuk memutuskan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak bersalah.

Wakaf | Penjawat awam digalak berwakaf melalui potongan gaji
Bagi meningkatkan tabungan dana dan aset wakaf negara, satu inisiatif perlu dirangka di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menggalakkan penjawat awam berwakaf, khususnya secara berkala melalui potongan gaji.

#YakiniVaksin: Kempen tangani mitos, salah faham vaksin COVID-19
Inisiatif itu dilaksanakan selepas rakyat sering dimomok oleh pelbagai mitos, teori konspirasi dan salah faham yang tersebar meluas tanpa tapisan terutama di media sosial.

Beri laluan Najib kemudi parti pada PRU15 - Ketua UMNO Kubang Pasu
Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan untuk kembali memimpin UMNO dan membawa kebangkitan semula parti seperti sebelum ini.

AWANI Ringkas: Penjawat awam digalak berwakaf | Sebanyak 1,018,937 dos suntikan vaksin telah diberikan

Wanita tidak sedar diri hamil, sehinggalah melahirkan bayi dalam tandas
Seorang wanita hanya mengetahui dirinya hamil selepas dia melahirkan seorang bayi dalam tandas rumahnya.

KKM kaji kemungkinan wujud varian baharu di Sarawak - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kebarangkalian wujudnya varian baru COVID-19 di Sarawak.

Petugas media di kawasan berisiko akan diberi vaksin - Menteri Kesihatan
Jawatankuasa khas jaminan akses vaksin putuskan dalam fasa kedua, pihak media yang juga merupakan petugas barisan hadapan akan diberikan vaksin.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis penutupan serta penyampaian hadiah Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat negeri di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru.

KLIFF: Pasaran modal Islam terbukti berdaya tahan semasa pandemik - Sultan Nazrin
Sejumlah AS$172.1 bilion sukuk telah diterbitkan pada tahun lepas, meningkat 1.8 peratus daripada 2019, titah baginda.

Perak FC dedah logo rasmi baharu
Logo rasmi baharu Perak FC akhirnya dimuktamadkan hasil undian peminat dan penyokong bola sepak negeri Perak.

Maahad tahfiz di Perak dibenar beroperasi 1 Mac
Keputusan dibuat setelah baginda menerima sembah nasihat daripada Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Perak.

Bersih Sungai Balun: Sultan Perak zahir penghargaan kepada Cikgu Ismail
Baginda bertitah, usaha membersihkan sungai itu daripada sampah sarap yang terperangkap bukan sahaja membantu pengaliran sungai bagi mengelakkan banjir.

Solat Jumaat di semua surau di Perak, beri peluang lebih ramai jemaah
Baginda turut berkenan bilangan jemaah di semua masjid dan surau di negeri ini mengikut keluasan dewan solat utama, berkuat kuasa selepas Maghrib Khamis ini.

Rekaan logo Perak FC disenarai pendek untuk pilihan peminat
Terdapat sekitar 1,500 penyertaan, namun hanya enam atau tujuh sahaja yang dipilih untuk disenarai pendek.

Sultan Nazrin perkenan solat Jumaat dilaksana di Perak, maksimum jemaah 40 orang
Jemaah yang dibenarkan pula terbatas pada warganegara Malaysia lelaki dalam lingkungan usia 16 hingga 70 tahun.

Jangan beri amanah kepada golongan terpalit rasuah - Sultan Nazrin
Baginda bertitah agar masyarakat Islam tidak memberikan amanah kepada golongan yang bermoral lemah dan menyalah guna kuasa.

Agong, Sultan Perak berkenan ziarah Tun Rahah
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menziarahi Tun Rahah Mohmmad Noah.