KUALA LUMPUR: Selama dua tahun berturut-turut, Maal Hijrah 2021/1443 disambut dalam suasana cukup sederhana namun penuh kesyukuran meskipun negara masih lagi berperang dengan pandemik COVID-19.
Bertemakan 'Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti,' sambutan tahun baharu Hijrah mempunyai pengertian yang amat besar bagi umat Islam dalam mengimbas peristiwa bersejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan kaum muslimin dari kota Makkah ke kota Madinah.
Di PUTRAJAYA, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak seluruh rakyat Malaysia melakukan hijrah dalam mendepani pandemik COVID-19 dan bangkit bersama-sama untuk mengukuhkan perpaduan, menjaga kesihatan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi negara tercinta.
Dalam titah baginda secara hidbrid sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan hari ini, Seri Paduka mengajak seluruh rakyat Malaysia bekerjasama dengan mematuhi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang merupakan strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik itu.
Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berharap kedatangan tahun baharu Islam mengurniakan umat Islam dengan keimanan dan kesabaran untuk meneruskan ikhtiar melawan COVID-19 menerusi PPN yang sedang giat dilaksanakan kerajaan.
Muhyiddin juga berharap sambutan Maal Hijrah dapat terus dihayati dan disemarakkan oleh umat Islam di negara ini walaupun semua masih berjuang untuk menamatkan pandemik itu.
Hari ini turut menyaksikan bekas Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan manakala Setiausaha Agung Rabitah Al-'Alam Al-Islamiy Makkah Al-Mukarramah, yang juga Penasihat Majlis Diraja Arab Saudi, As-Syeikh Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa pula diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.
BACA: Bekas Imam Masjid Negara dinobat Tokoh Maal Hijrah
Di NEGERI SEMBILAN, Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata sambutan Maal Hijrah tahun ini diharap dapat memberikan motivasi kepada rakyat untuk sentiasa berjiwa besar dalam mendepani apa jua cabaran selain mempunyai keyakinan dan emosi yang kukuh ketika berdepan pandemik COVID-19.
"Saya menyeru kepada semua supaya sama-sama memupuk semangat ukhwah dan penyatuan, sebarkan kebaikan dan bersama membangunkan Negeri Sembilan yang berdaya maju, diberkati dan harmoni dan mendoakan agar keadaan kembali normal seperti sedia kala," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah dan Pelancaran Hijrah Merdeka Online secara dalam talian hari ini.
Di SELANGOR, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan menyeru umat Islam agar mempersiapkan diri untuk berdepan dengan cabaran zaman dan berharap semua masyarakat sedia berubah ke arah yang terbaik tahun baru ini.
Di PULAU PINANG, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh, 70, yang juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Pulau Pinang, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah negeri itu.
Pada Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak secara maya malam ini, bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, Abdul Halim Abdul Hamid, 66, pula dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Ulamak.
Di KELANTAN, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata cabaran pandemik COVID-19 perlu diambil iktibar oleh umat Islam untuk memperkukuh hubungan silaturahim dan saling membantu sesama manusia.
"Peristiwa hijrah juga mengajar kita supaya bersabar dalam apa jua cabaran di samping sentiasa berusaha untuk berikhtiar dan bertawakal kepada Allah SWT," katanya dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrah 2021/1443 hari ini.
Di PERAK, Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad menghadiri Majlis Ambang Maal Hijrah peringkat negeri yang dianjurkan di Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS) Ipoh malam ini dan turut hadir barisan Exco Kerajaan Negeri, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Mohd Yusop Husin, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin dan Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid serta kira-kira 200 jemaah dengan mematuhi SOP ditetapkan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Di SARAWAK, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari semasa menyampaikan amanatnya di Masjid Jamek Negeri di Petra Jaya malam ini meminta umat Islam di negeri itu agar tidak menjadi masyarakat yang hanya melihat sahaja pembangunan di Sarawak sebaliknya bersama-sama mengambil peluang untuk meningkatkan ekonomi mereka.
Beliau berkata untuk menjadi negeri maju dengan rakyatnya berpendapatan tinggi, umat Islam perlu berganding bersama rakyat lain di Sarawak bagi memanfaatkan peluang yang wujud hasil inisiatif kerajaan membuka ruang baharu yang dapat meningkatkan lagi ekonomi negeri ini.
Di TERENGGANU, sambutan yang disiarkan secara dalam talian memilih bekas Mufti Negeri Terengganu Datuk Syeikh Abdul Halim Abd Kadir, 86, sebagai Tokoh Maal Hijrah tahun ini manakala Tokoh Imam Cemerlang dianugerahkan kepada Abd Wahab Muhammad, 77, dari Masjid Kampung Rawai, Marang dan Mohamad Puteh, 67, dari Masjid Kampung Pecah Rotan, Kuala Nerus pula diangkat sebagai Tokoh Bilal Cemerlang.
Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam ucapannya berkata ummah berkualiti yang mempunyai keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual berupaya mendepani apa jua rintangan tanpa berkeluh-kesah kerana yakin dengan qada' dan qadar Allah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 09 2021
Muhyiddin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengaminkan Doa Awal Tahun Hijrah pada Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin malam tadi. --fotoBERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.