awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong

Bernama
Bernama
07/07/2024
10:30 MYT
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar. -Facebook
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengenai adab menggunakan media sosial, bersempena dengan sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M hari ini.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
Beliau berkata selain itu, Sultan Ibrahim juga bertitah supaya rakyat tidak membuka aib sesiapa atau menularkan perkara memalukan kerana akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.
"Seri Paduka Baginda turut mengingatkan rakyat agar tidak bersikap keterlaluan atau ekstrem terutama dalam isu yang berkaitan dengan kaum dan agama," katanya menerusi hantaran dalam Facebook beliau hari ini.
Fahmi berkata rakyat perlu menjunjung titah Seri Paduka Baginda itu kerana perpecahan tidak akan memenangkan sesiapa.
"Semoga dengan kedatangan tahun baharu 1446H, Allah SWT mengurniakan keimanan dan ketakwaan kepada kita semua," katanya.
Sementara itu, Fahmi berkata kerajaan mengangkat tema "Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI" sebagai asas penghayatan Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini.
Katanya, tema itu merupakan manifestasi daripada inti pati ajaran Rasulullah SAW dan tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Fahmi Fadzil
#Sultan Ibrahim
#Maal Hijrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan