SEREMBAN: Seorang wanita dan dua lelaki didenda antara RM16,000 dan RM34,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang berkaitan sindiket Macau Scam.
Majistret Norzaliza Tesmin menjatuhkan hukuman itu terhadap Zulaikha Roslan, 22, Muhammad Anas Mohd Amir Nasharuddin, 21, dan Muhammad Syafirul Haidezeman, 31.
Zulaikha didenda berjumlah RM16,000 bagi dua pertuduhan, Muhammad Anas didenda berjumlah RM34,000 atas empat pertuduhan dan Muhammad Syafirul yang menghadapi tiga pertuduhan didenda RM24,000 bagi semua kesalahan.
Jika gagal membayar denda, Zulaikha diperintahkan menjalani hukuman penjara 20 bulan manakala Muhammad Syafirul 32 bulan dan Muhammad Anas 44 bulan.
Kesemua mereka gagal membayar denda dan masing-masing dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman.
Wanita itu didakwa menyembunyikan wang yang bukan miliknya masing-masing RM30,000 menerusi dua transaksi yang dimasukkan oleh Mohammad Roslan Abd Manap ke dalam akaun bank didaftarkan atas nama tertuduh di sebuah bank di Nilai, di sini pada 7 dan 8 Julai lepas.
Muhammad Anas dituduh atas kesalahan sama melibatkan wang masing-masing RM30,000, RM50,000, RM9,500 dan RM40,500 yang dimasukkan oleh Mohammad Roslan ke dalam akaun peribadinya manakala Muhammad Syafirul didakwa menyembunyikan wang RM20,000, RM50,000 dan RM10,000 yang dimasukkan oleh individu sama ke dalam akaun miliknya di tempat serupa antara 7 dan 9 Julai lepas.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Sharifah Nur Amirah Syed Ahmad Yunus.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 16 2021
Wanita itu didakwa menyembunyikan wang yang bukan miliknya menerusi dua transaksi yang dimasukkan oleh Mohammad Roslan Abd Manap ke dalam akaun bank didaftarkan atas nama tertuduh.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.
"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.
Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.
PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.
Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.
43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.
Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.
Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.